Assamualaikum dan selamat petang warga KRT. Maaf Min mohon hide profil aku. Macam ni Min aku ni sakit gigi hubby bawala balik ketam bangkang suruh aku masak sambal aku pun masakla bila dah siap aku hidang satu mangkuk lauk untuk dia. Lauk aku, aku bubuh dalam pinggan je… macam biasa hubby makan habisla semangkuk lauk dia. Pastu dia amik lauk ketam yg ada kat dlm pinggan aku… aku ingat dia nk buangkan kulit ketam tu untuk aku… berbunga2 hati ni sebab pikir suami nak tolong. Yela aku kan sakit gigi, jadi makan pun lambatla…
hm tapi tula hampeh bila aku tengok sedap je hubby aku makan ketam tu… putih je mata aku tengok… hish hish kecik ati aku… bila dah habis makan, aku tanyala hubby… sampai hati habiskan ketam tu… hubby leh jawab dengan selamba “laaa ingat tak nak” adoiii aku punye angin sabar jela… ish orang lelaki ni memang isteri kene beritau, baru mereka ni tau ape isteri nak er?? Isteri pandang dengan pandangan hampa pun tak paham2 adoiii.




