Saalam min, tolong hidekan profile saya. Saya cuma rasa stress dan buntu. Tak tahu apa nak buat. Entahlah min, mil saya mulut laser suka sangat complain macam macam min. Saya dan suami ada sorang anak, baru masuk 5 bulan. dah boleh meniarap nak belajar menjulur nak merangkak dah. Kadang hujung minggu kami balik ziarah family in law. sebabnye fil rajin whatsapp tanya khabar cucu nya sulung ni.
Happy min bila orang tanya khabar anak. tapi bila balik sana, mil suka sangat cakap ” SEKARANG NI UMUR 5-6 BULAN ORANG SAYANG LA ORANG SUKA LA NANTI DAH BOLEH MERANGKAK SEMUA PAKAT BENCI. SEMAKKAN BARANG SANA SINI. SEKARANG BOLEH LA NAK BALIK TIAP2 MINGGU, NANTI KALAU ANAK DAH BOLEH MERANGKAK JANGAN LA BALIK KERAP KERAP. PENAT AKU NANTI CUCU SEMAKKAN BARANG. NANTI MASUK BILIK LA APE LAH “.
Sepanjang habis pantang sampai la sekarang anak 5 bulan, mil selalu cakap gini bila kami balik. normal lah anak kecik kan fil okay jer excited bila cucu balik. apa patut saya balas ye bila mil selalu cakap begitu? banyak lagi mil buat perangai kurang elok. kadang kami balik hujung minggu jer. sebulan 2-3 kali. takpun 4 kali sebulan.
tu pun bila balik mil tak pernah hidangkan lauk yang menarik bila balik mil just hidang ayam goreng 2 ketul kecik je min macam ayam RM1. memang setengah akan cakap benda kecik. tapi kadang terasa min. bila kat anak anak dia yang lain, siap simpan lauk lain lagi. sampai husband saya pun macam dah malas nak balik rumah mil. sebab perangai dia selalu macam ni.
kadang kita orang balik, mil suka suruh kami duk rumah, mil dan anak yang lain nak pinjam kereta kami nak gi jalan jalan. dia macam tak excited pun dengan cucu. fil je yang setia dengan cucu. main la dengan cucu seorang ni. dah pinjam, isi minyak pun tak kadang benggang jugak tapi tak ape lah just anggap biarkan diaorang happy boleh keluar.
kadang bila tidur semalaman, bila nak keluar pergi kedai jap, nak tinggal anak. mil mesti cakap ” HAA INGAT SAMA HAMPA ADA ANAK SATGI ANAK HAMPA NANGIS MAMA TAK AMBIK TAU OKEY ” macam tak suka jer. bila balik je cakap macam ni. Normal ke selalu cakap kat cucu macam ni. Semua boleh tolong bagi pandangan tak . Terim kasih min.