Saya nak mengadu masalah saya dengan suami saya dah kahwin dekat 3 tahun..suami saya dulu duda anak 4 walaupon saya tahu dia duda anak 4 dia kata semua anak dia janda dia ambik jadi jangan risau tentang tu sebab dulu dia tak dapat hak jaga anak janda dia ambik semua..walupon mak saya mula tak setuju takut nanti janda dia cari balik atau tentang anak dia. saya tetap berkahwin dengan dia sebab sayang dan masa 2 tak terpikir pon akan jadi macam sekarang..
yang saya tahu saya kahwin macam orang lain juga dia bujang sebab anak tak dak dengan dia jadi sekarang dah dekat 3 tahun kahwin masalah ni timbul janda dia tak mau jaga anak dia da jadi dia kata dia nak ambik anak dia 2 orang jaga dengan dia.. dia kata nati dia nak ambik anak dia letak umah mak dia dulu pastu nak bagi masuk sekolah asrama dia jaga bagi elok.. dia tak bawak balik rumah saya sebab dia takut saya kekok tapi dekat ja rumah mak dia dengan rumah saya..
sekarang baru saya tahu kenapa mak tak bagi dulu takut masalah macam ni timbul kot. saya dengan dia tak ada anak lagi. dia dan anak tak bersalah sebab itu tanggungjwab dia dan anak tak tau apa2 yang saya nak ceritakan ini masalah diri saya yang tak boleh terima semua ni. sebelum ni saya tak penah halang kalau dia nak jmpa anak atau bagi nafkah sebab saya tahu tu tggjawab dia.. tapi sekarang dia nak ambik anaknya duduk sekali dekat dengan saya. saya rsa saya tak boleh terima sebab tu anak dia dengan janda dia dulu..
dulu saya ingat saya kahwin dengan dia ja tak akan ada masalah ni sekarang baru tau saya kahwin sekali anak dia sebab dia dan anak tak kan berpisah smpai bila2 sebab tu darah daging dia. sekarang saya yang bermasalah tak boleh terima semua ni macam mana ni krt tolonglah dibelenggu dengan masalah ni. saya nak macam orang lain laki kita dengan anak kita sahaja tapi saya silap saya ada anak tiri express walaupon saya masih muda.. macam mana ni adakah saya patut pisah dengan dia dari tanggung semua ni sakit hati smpai bila2 walaupon saya sayang dia. macam mana ni hati nie sakit sngat tak boleh terima anak dia walupon dia dan anak tak bersalah saya yang masalah dengan diri saya ni..
tolonglah krt ada jalan penyelesaian tak. Untuk pengetahuan krt janda dia dah kahwin lain dah.. Saya tak boleh terima akan berkongsi kasih sayang dan lain2.. macam mana kalau saya ada anak dengan dia pulak nanti semua berbahagi sekarang nie takut dia akan lebihkan anak dia dari saya takut nati bila ada anak akan berbahagi kasih sayang.. hurmm macam2 pikir ni..
Krt




