Asalamualaikum semuaa. Suami saya sekarang macam lain dah. Lebih utamakan dengan kawan berbnding saya. Saya berharap jer dia buka dan sahur dngan saya tapi dia lebihkan dengan kawan. Alasan kerja, Tmpat kerja saya dengan tempat dia berbuka dekat jer tapi tak bagi tahu pun buka dekat mana dan dengan siapa.
Kadang saya mintaa duit pun marah, saya nangis meluah dengan dengan dia pun marah. Kemarin saya pitam atas motor sebab panas kot saya minta berhenti bolehnya dia maki 2 saya yang tengah puasa. jadi saya kuat2 peluk supaya anak saya selamat duduk dekat tengah.
Pandangan saya Ya allah. Gelap rasanya 98% pengsan tapi masih peluk erat suami saya takut anak jatuh sekali. Saya nak minta pndangan. Apa perlu saya hadapi suami macam ni. Tak pernah nak faham saya. Tahun ni first sama2 sahur dan sungkai sama2 tapi sibuk kerja dan lebih utamkan dengan kawan. Saya rase nak move on jer. Sebab macam buat saya macam siapa siapa . Sakit pun tak peduli..




