Thanks Admin untuk publishkan luahan ini.. Tahu ada yang mengatakan belum habis daya ku berjuang.. Namun ada sebab kenapa aku tidak mengikutnya untuk hidup bersama. Bukan nk suami mengikut setiap kata2 ku tetapi aku lakukan demi kebaikan dan masa depan bersama..
Entahla.. semakin aku sorok kesedihan dihati, semakin hati aku terluka.. perkahwinan apakah ini andai airmata yang mengisi saban hari.. untuk apa perkahwinan ini andai aku dmiliki oleh insan yang tak menhargai aku disisi nya.. perkahwinan atas dasar apakah ini dimana aku tiada hak untuk menyuarakan rasa hati dan tak dipedulikan.. untuk apa terus bersama andai aku tidak bernilai dimata mu .. suami? Aku sering kali tertanya.. aku dah ber suami kah? Mana suamiku? Suami yang patutnya jadi pelindung, yang memberi pelukan kasih sayang,yang mendamaikan resah dihati, yang menjadi penyejuk mata.. yang mampu sama2 melalui susah senang bersama..
Aku rela tidak makan untuk mu suamiku.. demi masa depan kita… cukup lah sekadar makan apa yang ada.. Namun suami yang aku miliki bukan seperti suami org lain yang nak selalu berada disamping isteri mereka, Yang nak tanya apa rasa hati isteri nya, yang nak membantu meringankan beban isterinya..sedih terluka sangat hari ini.
malangnya nasib aku hancurnya hati aku.. aku ditingalkan hanya kerana dia tidak mahu hidup susah bersama isteri dan dia kembali bersama keluarganya. Dia suami, pedihnya hati, terkilannya rasa..luluhnya bicara.. tiada yang mengerti rasa hati.. untuk apa aku bersuami?? Perkahwinan ini bukanlah yang aku dambakan.. Bahagia yang dicari tak kunjung tiba.. perkahwinan ni bukan aku yang minta tapi aku tunai kan kerana aku pilih dia untuk jadi suami ku..
Dia yang dulu beria untuk menjadikan aku seorang wanita untuk didampingi namun tidak dihargai.. Aku fikir restu keluarga sudah cukup namun aku silap.. silap dalam menilai sikapnya. Aku fikir aku mampu membentuk dirinya bila dah berkahwin.. Aku silap sebab parentnya sendiri tak kisah sama ada anak nya berubah atau tak.. Siap cakap anaknya mungkin tak bersedia untuk dikongkong oleh isteri, apalagi dileteri,disuruh itu ini dan menguruskan hidupnya serta tak biasa dgn menguruskan orang lain..
Aku isteri nya, yang dipilih olehnya, yang direlai untuk dikahwini olehnya Bukan paksaan dari mana2 Sedih terlalu sedih.. Usah ditanya tentang kecewa.. Bilamana semestinya tempat isteri disisi suami.. suami disisi isteri.. Aku ingin mengubah hidup kami agar ada sinar kesenangan dihari depan ?? Sampai bila nak bergantung hidup dgn org lain.. Sehingga tiada yang mampu menyanjungi n mhormati semata2 kerana sikap xboleh berdikari n keep bergantung dgn org lain.. Family dan rakan2 pandang sebelah mata dan semestinya aku sebagai ISTERI ingin melakukan yang terbaik untuk mu sebagai suami ku!!
Allah.. semoga kau permudahkan stiap urusan hambamu ini.. Andai dia mmg jodohku.. maka kau buka kanlah hatinya untuk bertanggungjawab dgn perkahwinan ini.. dan andai dia hanya dipinjamkan untuk jadi pengalaman dlm khidupanku.. kau pisahkanlah aku dan dia dgn cara yang baik agar kami tidak saling membenci.. Aku semakin hampir mengalah untuk mempertahankan rumahtangga ini sedangkan kau tak pernah memperjuangkan-nya.. Aku tahu aku tak patut bandingkan hidup aku dgn hidup orang lain namun aku mendambakan perlahwinan ini menjadi hubungan yang membahagiakan dan saham untuk kita kumpul bersama ke syurga.. tetapi Seandainya dekat itu meresahkan mu wahai suamiku,, biarlah jauh jarak memisahkan kita, semoga dengan jarak yang memisahkan akan menyedarkan mu tentang sesuatu yang pernah menjadi impian mu, telahpon termiliki dengan izin-nya namun tak di hargai kehadirannya..
Semoga tak terlambat untuk kau sedar yang kau sebenarnya telahpon mempunyai “Isteri” dan isteri kau bukan perlukan duit semata2 untuk memenuhi hidupnya,, namun dia perlukan kau untuk sama2 melalui hari-nya… tak kisah susah senang suka duka.. Percayalah sekiranya isterimu telah pergi kerana mengalah dengan dirimu,, maka kau tidak akan mendapat diri-nya yang sebelum ini lagi walaupun masih dimiliki oleh-mu..
Dilema seorang isteri
Kisah rumah tangga




