Assalamualaikum min, salahkah saya sebagai ibu tiri? ceritanya begini, saya berkahwin dengan suami dan ada seorg anak perempuan. kami berkahwin dan dikurniakan seorang anak lelaki. Anak suami saya tak pernah anggap sebagai anak tiri saya layan seperti anak saya sendiri, saya jaga dan sekolahkan dari sekolah rendah hingggala sekolah menengah. Kami hidup bahagia walaupun keluarga serba kurang tapi saya bahagia bersama suami sehinggala muncul kembali ibu kandung kepada anak tiri saya ini..
Saya tidak juga menafikan kerana memang itu ibu kandungnya. Menurut cerita si ibu meinggalkan suami dan anak semasa anak masi 10 bulan disebabkan si ibu tekanan hidup susah dengan suami. Suamila yang mnjaga anak bersama arwah bapanya datuk kepada si anak. Dan sekarang si ibu muncul, saya tidak juga menghalang untuk si ibu berhubung dengan si anak.
Saya faham hati seorang ibu sebab itu saya biarkan dan si ibu pun sudah berkahwin dan ada anak juga. Si ibu sekarang boleh dikatakan berduit kalau dibandingkan dengan saya. Dan menjadi masalahnya, apabila dia si ibu ini mengatur hidup si anak. Baru2 ini, tiba2 dia mesej bagitau dia sudah daftarkan si anak ikut program sempena cuti sekolah dan dia sudah bayar. Tanpa berbincang dengan saya dan suami kalaupun bukan saya sebaiknya dia bincang dengan bapa kepada anak ni.
Saya cuma nyatakan pendapat saya kepada si ibu ini, kenapa tidak bincng dahulh sebelum mengatur. Memang niatnya baik tapi boleh pula dia kata “saya sudah lepas tanggungjawab nak ajar anak tu mengaji jadi awak tanggunglah diakhirat nanti sebab saya sudah tolong atur”. Saya katakan kenapa sekarang baru ingat tanggjawab, kenapa tak dari dulu. Bukan saya tak setuju, tapi kenapa tak bincang? Terus dia kata “Sekarang tengah bincngla ni… Apa masalah awak ni, awak takut sayaka? Awak nak apa sebenarnya? Baru cakap sikit dah goyang…”
Dia kata saya nak apa dengan dia??? Emmm terus saya mesej, tak apala terima kasihlah dengan niat baik tu tapi saya tahu apa yang terbaik untuk anak2. Lebih baik awak fokus dengan anak2 dan suami awak kat sana.. Lepas tu dah meroyan si ibu ni dia kata saya aniaya dia dan doa ibu kandung lebih makbul berbanding ibu tiri. Terus saya dah tak layan dah. Salahkah saya sebagai ibu tiri? memang bukan saya yang kandungkan anak itu, tapi tak tak pernah abaikan anak2.




