Assalamualaikum. Mohon hide fb saya..
Aku dan isteri aku dah berkahwin selama 4 tahun lebih dan dikurniakan seorang anak perempuan yang baru berusia 2 tahun.. Sepanjang 4 tahun ni, banyak kali kami bergaduh, terutama pasal duit. Tapi, sbg suami, aku berusaha penuhi keperluan isteri walau bukan semua manakala untuk anak, 90% belanja adalah bawah aku (pengasuh, makan minum, takaful, pampers).
Isunya skrg adalah, isteri aku matti2 nak bercerai dengan aku atas 5 perkara yang sebelum ni aku ‘hear but dont listen’. Antara sebabnya juga adalah kurang kemampuan kewangan aku dan perangaiku. Ini adalah sebab2 isteriku memohon perceraian. 1. Aku kadang2 tinggi suara dan marah dia depan kawan2 n family dia.
Kadang2 aku berhak untuk marah isteri aku di rumah sebab dia degil tapi aku salah sebab marah dia depan family n kawan2 dia, jadi dah terjatuh air mula dia. Aku menyesali perbuatan aku ini dan minta maaf. Kini, aku bersungguh2 untuk berubah.
2. Aku tidak beri nafkah rumah. Rumah adalah milik isteri. Walaupun begitu, belanja makan sebanyak rm600 (makan minum sahaja) aku tanggung. Aku gagal beri ni sebab gaji aku kecil dan aku sbg anak sulung, aku tambahkan elaun buat parents aku bila aku dpt duit lebih (selepas 4 tahun buat kerja part time, elaun aku mulai meningkat). Aku minta maaf kat isteriku dan cakap, sepatutnya aku tambahkan juga kepadanya sebab isteri dan anak di bawah tanggungan suami.
3. Aku dituduh kurang beri perhatian kepada anak.Memandangkan aku buat 2 kerja dan aku solat di masjid, maka kadang2 aku kurang beri perhatian. Bab ni, aku salah kerana tidak bantu isteriku untuk menukar pampers, basuh baju anak, lipat baju anak, basuh berak anak, ambil n hantar anak. Kini, aku cuba berubah dan aku mulai buat semuanya ini, gilir2 dengan isteri. Aku spend masa dengan anak 2 jam lebih setiap malam lepas balik solat.
4. Aku dituduh tidak menyediakan nafkah yang cukup buat isteriku. Bila aku kira2, dengan gaji aku rm5,000, aku belanjakan kira2 rm1,200 untuk isteri dan anakku.
5. Aku dituduh kerap meminjam duit isteri. Sebenarnya, from time to time, aku telah meminjam rm7,500. Walau bagaimanapun, aku telah berusaha membayar sedikit2 setiap bulan dan kita telahpun aku bayar rm2,000 lebih.. setiap bulan aku bayar rm300.
Aku telahpun minta maaf bersungguh2 dan berusaha untuk mengubah perangai aku (baru sebulan). Walau bagaimanpun, isteri aku cakap, dia dah tidak ada lagi apa2 perasaan kepada aku. Dan dia meminta aku untuk melepaskan dia secara baik. Aku juga dah banyak kali pujuk dia dan minta dia fikirkan kebajikan anak. Jika aku tetap melawan, nanti dia akan buat tindakan2 yang bakal merugikan aku, katanya.
Aku tak tahu apa dia akan buat. Tapi sekarang, aku buntu dengan nasib aku. Aku akui aku salah dan aku cuba berusaha baiki hubungan aku, tapi dia masih berdegil. Aku tahu, isteri aku ni mmg sgt keras kepala orangnya. Segala apa nasihat tak akan didengarinya. Aku kasihankan anak aku yang bakal membesar tanpa seorang ayah kandung disisinya.
Aku dah setuju untuk ubah perangai aku, aku setuju untuk beri nafkah rumah, aku setuju untuk beri perhatian dan bantu hal anak. Aku cuba melayan dia sebaik mungkin. Aku dah buntu. Hari ni raya, aku beralah dan beraya di rumah keluarga dia. Tapi, dia masih berkeras nak bercerai juga. Aku sangat2 sayangkan keluarga aku. Aku bersusah payan buat dua kerja dan from time to time, tambahkan perbelanjaan untuk keluarga aku. Tapi, isteri aku x nampak semua ini. Segala susah payah dan pengorbanan aku, semua dia dah tak kisah lagi. Apakah yang harus aku buat? Adakah aku telah terlambat?




