Assalamualaikum min. Maaf baru pertama kali menulis di sini. Untuk pengetahuan semua, saya adalah suami kepada wanita yang mengatakan suami perlu melayan isteri macam permaisuri. saya sedar tu isteri saya yang tulis selepas baca kisah tu sama macam kisah kami. Ramai yang bertanya tak kurang juga mengecam isteri saya seorang yang tak bersyukur dengan nikmat dan saya akui ini kesilapan saya tidak mendidik dia dengan baik. mmg sebak meningglkan ayah yang sdg sakit. sehingga menangis saya apabila meminta restu dia untuk tinggal bersama isteri. dengan relanya ayah saya membenarkan saya pergi.
kesilapan2 isteri saya, saya sudah maafkan sebab saya yang memilih dia menjadi isteri. hidayah itu milik Allah dan saya berdoa agar dia berubah dan menjadi isteri yang baik. doakan kami. kepada isteriku, saat awak membaca ini, ketahuilah saya mencintai awak dari pertama kali melihat awak dan saya takkan berhenti mencintai awak sehingga akhir nyawa saya. saya akan cuba jadi yang terbaik dan menerima awak seadanya. saya cuma harap, awak tak menulis lagi di sini.
kita dekatkan diri kita dengan Allah. kita mulakan hidup baru dengan sisa hidup yang kita ada. andai saya pergi, saya harap saya meningglkan awak dalam keadaan awak sentiasa menjadi seorang yang baik hati pada semua orang. amin. terima kasih sayag melahirkan indra, anak kita. saya akan cuba lebih menghargai awak. saya juga harap netizen tak kecam isteri saya lagi. terima kasih. Assalamualaikum.




