Assalamulaikum Admin, harap admin boleh hide profile saya.. aku nak kongsi berserta meluah kan perasaan aku yang terpendam nie… bnyak bnda yang aku nak kongsi kan sebab tak semua yang memahami. Penah tak dengar kisah edika yusof yang menjaga isteri dia str0ke… ternyata, aku dlam situasi abang edika… sebijik. Tak lari. isteri aku muda lagi anak2 pun kecik2 lagi separuh badan dia lumpuh memori banyak hilang tak boleh berckap tak boleh membaca bnda nie terjadi depan aku Allahu. bayangkan lah, bila 1 hari penuh dengan senyuman kami anak beranak, tiba-tiba, nikmat sihat Allah tarik sekelip mata…
Pengorbanan aku sebagai seorang suami, takpernah aku abaikan dan lagi bertambah kasih dan sayang bila sakit macam nie. Dari tukar pampers suap makan bagi kata2 semngat dan sebagai nya. bayangkan lah, isteri yang sihat tak dak isu kesihatan dan bila nikmat tu ditarik sebujur keras atas katil. Berat dugaan ini… aku sngat2 down masa dia tgah sakit…. Otak tak berhenti pikir… anak2 kecik lagi, perlu kasih syang seorang ibu… sedih aku tgok pada masa dia mula2 str0ke.
Aku lah ibu, aku lah ayah, aku lah isteri , aku lah suami… tp, Allah Maha Besar, perkahwinan bukan sebab nafsu, sbb Allah… aku masih utuh dan tabah demi Allah dan Amanat Nya… Allah takkan uji hamba Dia saja2… mesti ada hikmah nya… Kepada Allah aku Berserahhhh… takpenah aku tinggal lari membawa diri… aku masih setia dia sisi kau… Alhmdullilah, Allah Maha Berkuasa, bini aku kian pulih…
Nasihat aku pada suami2, apa yang terjadi seperti aku atau lebih trok dri ni, kalau boleh, jaga elok2 pasangan tu, sebab kita taktau, bila pengakhirnya…. Bila ada depan mata hargai lah… jgan tinggal kan dia bila masa sakit macam nie…Insyaa Allah, kalau kau masih setia seperti mana kau janji bulan dan bintang pada isteri kau, jalan kau akan terbukak luas…




