Assalamualaikum semua. Aku sekadar nak meluah rasa kecewanya aku sebagai sesorg isteri. Aku ni tak duduk serumah dengan suami aku.. Sebab aku jaga mak aku yang sakit.. Jadi suami aku duduk rumah lain.. Suami aku ni alhamdulillah bekerjaya.. Tapi bila korang tengok suami aku ni.. Mesti korang akan kata mcm bodoh2 je.. Takut bini dan macam2 lagi.. Sebab dia ni diam je tak banyak kerenah..
Sepanjang aku kawin aku percaya dia.. TAK ada ragu2.. Tapi baru2 ni kantoi banyak hal.. Patutlah dia lama tak sentuh aku.. Sentuh pun dingin.. Nak kata aku tak cantik.. Sampai sekarang aku keluar masih ramai yang usya. Suami aku suka langgan pel4cur dan mak nyah sepanjang aku tak duduk serumah dengan dia.. Ya perit sangat aku rasa..
Hati aku berkeping2 berderai dan hancur
Aku keguguran kerana aku dah ada sakit siplis dan doc minta aku ambil ejection untuk bun*h kuman.. Dan baby aku tak dapat terima kesan ubat tu dan aku keguguran.. Ya.. Aku masih dengan suami aku.. Aku bertahan sebab aku dan suami aku banyak lagi hutang yang nak diselesaikan.. Aku tak nak dikata masa senang bersama dan masa susah aku tinggal.. Tapi cinta dan kasih aku secebis pun dah tak ada. Hormat lagi entah kemana. Suami aku janji berubah.. Dia tinggalkan segala yang buruk.. Ya aku Nampak effort dia.. Tapi bila kepercayaan dah hilang.. Tak mungkin akan ada lagi..




