Salam min… Hide profile aku ye.. Please. Aku dah berkahwin ada sorang anak umur 3 tahun. Sebenarnye aku sekarang sedang bercinta dengan adik ipar umur 26 (adik isteri) 3 bulan yang lepas adik ipar aku nama dila ni berpisah dengan pakwe dia.. Masa tu dia tumpang rumah aku 3hari sbb ada urusan dekat KL.. Selama 3 hari tu la aku tengok dia balik rumah nangis.. Balik rumah nangis.
Lepas 3 hari dia balik kolej dia semula di Pahang. Seminggu lepas tu isteri aku ke Penang atas urusan kerja.. Minggu yang sama ada kem@tian sebelah isteri di Perak dan isteri minta aku dan anak jemput dila kat Perkeliling. Dalam perjalanan dila banyak tanya tentang hati lelaki sebab aku lelaki.. Masa tu aku selesa berbual dengan Dila, dia tak macam isteri aku yang tak banyak bercakap. hari ke hari minggu ke minggu aku dengan dila berhubung di wasap tanpa pengetahuan isteri dan aku tanpa berjumpa tiba2 ada perasaan dekat dila..
Terus aku suara kan tak sangka dila pon punya perasaan yang sama..
Bulan Nov lepas aku, isteri dan beradik semua balik kampung isteri ada majlis ulang tahun anak kakak sulung.. Masa tu aku dengan dila decide nak jadi pasangan kekasih isteri aku masih tak tahu. Dila ada datang KL untuk berjumpa aku tapi isteri tak tahu. Aku tak bagi dila tumpang rumah aku tak nak isteri aku syak apa2.
Sumpah aku sayang dua beradik tum. Rasa nak ambil Dila jadi isteri tapi dia adik kandung isteri. Aku srabut kepala la fikir




