assalammualaikum min. mcm biase tolong hide fb aku. nie pun fake fb akaun. aku takde masalah sngt dlm rumahtangge. tapi kenapa iye aku rasa macam menyesal dgn pekahwinan kami berdua. utk makluman aku dah 2 tahun kahwin. kami belum ada anak. kami pun pjj.. suami aku tak romantik mcam mase bercinte dulu2. aku sampai sekarang still stalker ex bf aku.. kadang2 aku rasa macam nak getback dengan ex aku jer.. aku rasa menyesal pula putus dengan ex aku… dan tak tahu la kenapa makin hari makin kurang sayang pada suami. hari2 aku duk teringat ex bf aku entahlah aku rasa macam tak bahagia dgn perkahwinan bersama suami… ex aku memang pandai ambil hati mak abah aku.. tapi suami aku tak.
Ex bf aku dulu masa kami couple dia tak kerja lepas break baru dia dapat kerja gov lagi satu ex bf aku ni tak kedekut. suami aku kedekut sikit.. aku bukan nak cari salah suami.. tapi aku sebenarnya tak minat lelaki kedekut ni.. aku nak minta korang macam mana nak move on dan lupakan ex bf aku tu. please jgn kecam aku.. aku perlukan kekuatan untuk teruskan rumahtangge kami.. dan aku agak terkilan sampai sekarang aku belum ada anak lagi. kadang2 aku rasa macam nak patah balik masa lalu tapi apakan daya aku dah jadi bini orang. aku hanya mampu stalker ex dari jauh je..




