Hai min. Adakah di sini mengalami nasib seperti saya? Ceritanya begini. Saya merupakan isteri kedua, saya dipinang oleh madu dan suami dengan cara yg baik. semuanya bermula masa saya mendapat tempahan kathering kenduri kawin adik suami. bermula di majlis tu madu mula rapat dengan saya. maaf bukan mengaibkan tapi nak bagitau situasi sebenar. madu tak boleh mengandung kerna rahim dah di operat di sebabkan masalah. selama 3 bulan saya pertimbangkan permintaan madu dan suami.
Selama tu hampir setiap hari madu menghubungi saya dan minta agar saya terima pinangan mereka. mungkin kebodohan saya sendiri juga, akhirnya saya terima pinangan mereka. Saya nikah simple ja tanpa majlis besar-besaran. alhamdulilah 3 bulan selepas nikah saya positif mengandung, sehingga la saya bersalin madu jaga saya dengan baik.suami juga sangat baik melayan saya.
emuanya bermula bila anak berumur 4 bulan madu dan suami mahu mereka yang pelihara anak saya di sebabkan saya tak mahu madu mula berubah dia mula burukkan saya di depan keluarga,tuduh saya macam2 dan yg paling menyedihkan saya di tuduh merampas suami. suami pula mahu saya ikutkan kata madu utk serahkan anak. Saya sangat tertekan dalam situasi ini,saya mahu dilepaskan dan bawa jauh anak saya ni.bukan menyombong tapi saya punya kedudukan ekonomi yg agak baik,dan rasanya saya mampu utk besarkan anak saya sendiri. Adakah pilihan yg saya buat ni betul? Terima kasih semua.




