ini kisah saya dan suami, saya berkahwin dengan suami masa tu umur saya baru 17 dan suami pula 23, banyak halangan yang kami lalui dalam tempoh perkahwinan kami. Dalam 12 tahun usia perkahwinan kami ni, kami pernah lalui saat2 genting , hampir nak bercerai , setiap perhubungan tidak seindah , macam dalam movie tu tau. kenangan pahit yang paling tak dpt di lupakan , semasa itu suami jarang sekali balik rumah, katanya ada kerja part time dekat luar..
Hati isteri mana yang tak sakit bila call tak angkat, masa tu guna dg senang nak cari suami dekat mana , hanya guna ff find .. so tdk puas hati cari suami di location yang dg send tu.. tak sangka nampak kereta suami di belakang hotel, bayangkn masa tu jam2,3pagi buat apa parking dekat sana kan.. so saya masuk hotel tu , pura2 tanyakn nama suami , sebab suami panggil suruh hantar barang..
Tuhan itu maha adil , tak sangka jumpa nama suami di buku kemasukan pelangan , lepas tu cari no bilik tu, ketuk banyak kali tak buka, last2 hampir nak roboh pintu tu , baru mereka buka.. Rupanya scandal suami ku adalah kawan ku sendiri… Dengan muka tak rasa bersalah keduanya lari keluar … Masa tu saya stress sangat , balik rumah tak tentu hala, telefon keluarga , ceritakan apa yg terjadi.. keluarga masa tu suruh balik , tapi mgkin sayaa terlalu sayangkn suami , saya redah dengan apa yg terjadi…
Dipendekkn cerita akhirnya suami balik minta maaf dan takkan ulangi lagi jadi saya maafkan dia walaupun hati saya sakit.. Setiap malam saya berdoa utk hilangkn ingatan saya .. lupakan apa yg saya lihat, sebab setiap manusia pasti buat kesilapan , jadi saya ambil keputusan bg peluang kedua kepada dia, jadi kami teruskn macam biasa .. dari sana suami berubah dah tak keluar malam .. sampai la usia perkahwinan kami skg masuk 12 tahun sudah .. Harap hubungan kami di berkati selalu..
Tiada perkahwinan yang selamanya bahagia, dan tak ada masalah,walaupun awak nampak mereka bahagia , tapi awak tak tau sepanjang mereka bersama , pahit manis kehidupan yg mereka lalui, kita tak tau.. Begitu la juga dengan saya! Saya berharap org yg menyondol laki saya dulu, dgn muka bangga dia jd penyondol tu , dapat balasan yg setimpal dengan perbuatan dia!.. langsung tak rasa bersalah ke apa.. dia jeling saya time tu , mentang2 suami kemaruk cinta dengan dia masa tu.. tp mgkin jodoh kami kuat! suami tetapi pilih saya… saya berharap hubungan ni berkekalan! doakn saya dan suami dpt harungi liku2 hidup ni..




