Salam Admin dan Warga KRT. Kejam nya laki aku min. Minggu lepas aku mintak rm200 je untuk belanja sekolah dan susu anak dia cakap aku nak kikis dia. Terus dia maki hamun. Dia baru keje lepas setahun menganggur. anak2 3 orang aku tanggung 100%. Awal tahun aku dapat bonus rm1000 aku bagi dia sebab repair moto dia dan settle hutang dia. Aku tanggung loan dia tak pernah aku mintak bayar balik. (loan atas nama aku)
Dia baru keje 2 bulan gaji sebulan 2k lebih dia dah kantoi dengan aku main dengan bosia kat hotel Siap bertukar2 pasangan main ramai2. Allah selama ni kantoi berpuluh kali main aku diam kali ni aku nekad nak cerai. 8 tahun kawen tak pernah aku curang dengan dia. Aku dah lama tak pergi keje cuti tanpa gaji hampir dua bulan sebab anak aku gilir sakit dan aku alah (baru dapat tahu aku pregnant 2 bulan). Baru aku ingat nak g mahkamah nak settle cerai cepat2 mengandung pulak.
Dengan aku tak ada duit langsung, simpanan aku dh habis… keje pun gaji aku tak smpai rm1500 ni pulak cuti tanpa gaji.. mintak family dia diam je. Family aku bukan orang senang mak ayah sakit dan baru pinjam ayah duit beli susu anak.
Stress nya aku min. Nak keje alah pulak tapi nak tak nak kena gigih pegi keje. Rasa tak nak je bby dalam perut ni nak bagi orang sayang pulak.. Aku call dia whtsapp tak lepas2. Aku tak tau dia hidup ke mat! sekarang. Aku tak minta dan harap apa2 dah. Aku teranaiya. Aku harap dia dapat balasan apa dia buat kat aku dan anak2. Sekupang aku tak halal utk dia. Doakan aku dan anak2 aku kuat ya semua.. Tq Admin.