assalamualaikum admin, mohon hide identiti saya.. saya ada perkara nak bertanya dan pendapat. saya seorang suami.. saya berkahwin dengan ibu tunggal anak dua.. dan isteri saya sekarang sedang hamil 3 bulan dan menghidap sakit anzieti.. tuan/puan di krt pernah dengar nama sakit ni? saya sendiri tak tahu punca isteri saya menghidap penyakit ni. dan esok saya akan bawa isteri saya buat rawatan di pakar psikiatri.. saya terfikir.. rawatan tu menyakitkan ke untuk isteri saya dan kandungan.. jnuh saya bertanya pada dia..
Dia ada masalah apa sebenar nya tapi dia tak nak cerita sampai saya terbaca diari die rupa nya die berhadapan dengan bebanan hutang yang sangat melampau.. dan dia asyik memikirkan untuk selesaikan hutang tersebut tanpa bercerita pada saya. saya sendiri pun tak tahu bila masa die berhutang semua tu. sebab dia terlalu berahsia. dan saya nak tanya dia dalam keadaan dia sekarang pun. Saya rasa akan burukkan keadaan.
Ada juga saya bertanya pada kawan rapat dia.. kawan rapat dia sendiri pun tak tahu segala hutang piutang dia. Jadi di sini saya nk minta pendapat jika tuan/puan ada pengalaman macam saya. nak buat macam mana ni.. ya Allah..susahnya hati saya… tengok isteri saya sekrang duk termenung. makan taknak.. susah hati saya. sudahlah tengah hamil… terima kasih tuan/puan dan admin.




