Asalamualaikum admin dah warga krt. Saya bercinta dengan suami hampir 20 tahun. Dari bangku sekolah sampai lah kami membuat keputusan untuk berumah tangga. Suami saya bekerja sebagai seorang angota badan beruniform, walauapun suami memiliki ijazah namun belum rezeki suami untuk menerima kenaikkan pangkat..
Di awal perkahwinan, suami mampu membuat loan untuk membeli rumah, itupun rumah kecil yang harga 80k saja. Kereta suami tak mampu lagi. Hanya mampu pakai motor buruk saja. Saya bertahan sebab kiraan saya, suami akan di naikkan gaji dan pangkat. Namun harapan saya meleset. 5 tahun bekerja pangkat suami naik sikit2 saja. Sedangkan suami idamaan saya adalah seorang yang berpangkat pegawai..
Kebetulan saya kenal dengan seseorang di fb, seseorang ini berpangkat pegawai juga dan dia adalah suami orang, saya yang add dia d fb kerana saya suka melihat keterampilan dirinya yang segak, tegas dan seorang yang berdikari.. Selepas dia approve fb saya. Saya pm dia sebagai ucapan terima kasih sebab sudi menjadi rakan fb saya. Saya tak sangka dia tak sombong.. Kami chat rupa2 nya dia dan isterinya tidak bahagia. Kerana isterinya tidak pandai nak layan dia. Makan minum battin semua terabai..
Lama2 kelamaan dia menyatakan hasratnya kalau dia mencintai saya, dan saya pun rasa begitu. Dan suami saya pula. Macam biasa. Gaji kecil, potong ini potong itu. Tinggal 300 je dia mampu bagi saya. Nak beli make up pun tak cukup apetah lagi baju saya. Saya terus terang pada suami kalau saya sudah tidak cintakan suami lagi namun suami merayu2 pada saya dan membuatkan saya jadi rimas..
Suami cakap, dia tak akan lepaskan saya sebab dia sayangkan saya, suami betul2 tak nak ceraikan saya. Saya cakap saya dah tak tahan dengan suami sebab kehidupan suami yang tiada kemajuan. Saya ingat bila kawin dengan suami, hidup saya akan berubah jadi senang. Ini tambah susah.. saya bagi tahu dengan lelaki itu. Kalau suami tidak mahu ceraikan saya.
Lelaki itu cakap. Dia terlalu sayangkan saya. Tapi dia tak mahu kacau isteri orang sebab berdosa. Saya pula tak mahu kehilangan dia. Dan kami pun terlanjur berberapa kali. Dan sekarang saya hamil Tapi saya tak pasti ini anak siapa saya rasa ini anak lelaki itu sebab suami saya ni mandvl Sebab kami dah lama kawin tapi saya tak hamil2 juga..
Sekarang saya dah bagi tahu suami kalau saya hamil. Suami happy bukan main. Dan kebetulan suami mendapat tawaran kenaikkan pangkat sebagai pegawai. Suami terpaksa menjalani latihan berbulan2. Saya dah mula sayang suami. Dan saya menyesal atas apa yang saya buat. Doakan semoga latihan suami berjalan lancar. Saya dah bertaubat. Doakan anak kami sihat dan lahir dengan sihat. Terima kasih.