Materialistik Ya. Saya memang materialistik. Sebab apa materialistik? Sebab semua benda dlm dunia ni perlukan duit untuk kesinambungan hidup. Mmg duit bukan segalanya, tapi segala-galanya perlukan duit.
Assalamualaikum warga krt. Terima kasih Admin sebab approve dan hide profile. Saya xnak cerita byk ttg cinta. Sebab ramai kat sini pun kawin sebab cinta kan? Dah tak tengok benda lain da selain cinta sebab masa tu cinta adalah segala-galanya.
Ya. Mmg saya kawin dgn pilihan mak. Dan saya tak menyesal pun. Sebab mak mmg nak saya dijaga dgn baik. Dgn orang yang stabil kewangannya. Stabil emosinya. Cuma nasib baik je saya bukan Elfira Loy. Klo x, smpi sudah kena kutuk netizen kerana tinggalkan Sufian sebab xdpt sediakan duit hantaran. Tapi jika diamati, dr segala luahan hati para isteri yang post dlm ruangan ini, kerana dek ikuntukan rasa cinta tu la, korang kawin. Tanpa check latar belakang. Biawak buaya kaki ais kaki segala kaki semua rembat. Sebab cinta.
Ya. Mmg jodoh di tangan Allah. Tp Allah da beri akal. Beri ruang. Beri peluang. Ada cara. Solat istiharah. Minta petunjuk. Da tahu dr sebelum kawin perangai buruk kenapa teruskan juga? Nak jugak kawin. Nak ikut juga janji hidup semati bersama. Sebab apa? Sebab cinta kan? Ingat semua tu magic ke? Da kawin automatic semua perangai buruk hilang? Jgn mimpi la. Simpang malaikat 44.
Jgn kata saya xmerana tinggalkan cinta hati. Tp Allah da bg akal. Mak bapak perabis duit sekolah bg pandai. Jd, klo ikuntukan rasa cinta, mmg sampai sudah saya tak kawin. Sebab ex saya lebih suka abiskan duit modify kereta motor basikal dia dr kumpul duit nak kawin dgn saya. Nak tggu smpi bila? Perempuan luar yang muda makin ramai kt luar tu. Xkn nak tggu smpi kena tinggal baru terfikir nak bertindak. Da tua baru terfikir nak kawin? Jam biology tak tggu.
Dia bukan xde duit. Dia cuma terlewat nak bersedia untuk kawin sebab saya da kena pinang dgn secret admirer saya. Tp saya turuti permintaan mak. Sebab mak kata lebih baik pilih untuk dijaga dr memilih untuk menjaga. Orang perempuan kudratnya hanya pada emosi. Bukan tubuh. Dia bukan robot nak buat segala benda dgn tenaga yang yang dijadikan terhad. Saya xmampu untuk bekerja sara keluarga dan jaga rumahtangga. Saya memilih untuk layan suami dan didik anak. Biar suami yang sediakan semua. Tubuh orang perempuan hanya mampu untuk kandungkan manusia, bukan diabis pakai untuk kerja luar dan dalam. Allah yang cipta Hawa. Hawa dijadikan untuk menemani Adam. Bukan bekerja untuk nya.
Ya. Saya bersedia untuk dikecam. Tp cuba kalian duduk tenang berfikir seketika. Apa yang betul2 kalian nak dlm hidup? Nak anak2 dpt yang terbaik kan? Makan mahal sedap. Baju yang mahal sekali sekala. Nak rumah yang sempurna segalanya kan? Nak rasa muka cantik badan melentik kan? Nak barang2 kemas at least cukup sebentuk cincin, seutas rantai tangan, sepsg subang emas kan? Nak bercuti jalan2 luar negara at least sampai la sekali ke negara yang ada salji? Mana nak dpt semua tu. Itu semua duit. Ada cinta je duit xde, xjadi apa.
Dan isteri tak wajib cari duit jika suami mampu sedia semua tapi memang tak salah kalau sendiri yang willing nak kerja dan nak cari duit sendiri. Mmg tak salah. Islam pun tak larang. Tapi jgn sibuk mengeluh kata penat. Buat apa niat nak bekerja kata nak bantu suami tp end up cakap penat kerja bantu suami. Ungkit segala bagai. Pahala jd zero.
Dan dunia kita dilonggok dgn ideologi yang segala benda isteri kena buat dan suami mesti dilayan seperti raja. Nampak isteri duduk sekejap da nmpk mcm isteri tu malas sedangkan masa dia terkontang kanting siapkan segala bagai, bersilat nak kejar mandi suap siapkan anak tu lgsg tak nmpk. Yang nmpk CUMA isteri tersandar rehat, sedangkan dia baru je duduk nak tengok henfon. Anak2 yang berbedak siap wangi lepas mandi kerja rumah siap dgn makanan siap terhidang semua tak nampak.
Saya tak nak. Jadi typical wife di mata masyarakat. Nak tunjuk yang diri superior, terror buat semua benda. Sebab dapat apa pun jadi sempurna? Sesempurna saya sbg isteri, jika Allah nak duga suami ada orang lain, tetap ada orang lain. Jadi, sebagai seorang Islam, Rasulullah da tunjuk. Orang Islam yang baik ikut ajaran Islam. Seorang isteri apa tugas dia? Seorang ibu apa tugas dia? Seorang anak apa tugas dia? Laksana kan sahaja dan kejar lah syurga Allah. Jika keluar untuk bekerja itu menyebabkan saya tersasar dari tujuan sebenar, biar la tak bekerja. Aurat terjaga. Aib tertutup. Suami mampu. Duit cukup. Yang lain serahkan pada Allah. Minta pada Allah. Sebab Allah cuma tanya samada saya tunaikan tak tugas sebagai seorang muslimah dan seorang isteri dgn sempurna. Itu je.




