tlagi hidekn prfle aku. Aku tak tau nak luah kat mana. so aku luah kat sini mgkin ok kot. ceritanya begini. aku dah brkahwin 14 tahun. dan ada anak seorng. kami suami istri masing2 bekerja. belanja makan minum n bil n hutang kereta semua aku yang bayar min. satu sen pun aku tak pernah minta gaji suami. Dulu pada awlnya suami krja company. Rumah tangga aku elok ja. Tapi sjak suami aku dpt kja gov dalam 4 tahun ni. suami aku selalu keluar bekerja lebih masa dan kadang2 keluar lepak dengan kawan2 dia. Aku n anak terasa sunyi. kosong.. bg suami mgkin aku nmpak ok. tapi sebnrnya aku sunyi sangat min.
kadang2 aku selalu fkir yang suami aku tak sayang kn aku n anak. sebab stiap kli hujung minngu. mesti dia akan keluar dengan kawan2. Keluar siang balik tengah malam. Rumah umpama hotel. check in check out. aku tak kisah min kalau dia nk lepak dengan kawan2 tapi kalau boleh biarlah bijak bahagikan masa dengan kluarga juga. suatu hari lepas suami balik dr lepak dengan kawan. suami kantoi trma msg dari ssorng. aku smpat buka dan terbaca.. geram min bila dapat tahu suami ada orang luar.
Bila aku tanya elok2 kat suami..tapi dia kata org slh no..ok..aku trma. dan aku diam. aku buat2 bodoh. Tapi aku nmpak perbahan kat suami. suatu hari tergerak hati aku nak follow senyap2 suami keluar malam. hancur hati aku min. Tengok suami masuk pub dengan kawan2 dia. tambah lagi ada perempuan duduk sebelah. aku cuba panggil suami kluar dan brbincang. tapi sebaliknya. aku yang kena pukul sepak terajang depan pub dan permpuan tu.
Aku tak tahan min aku pergi report polis untuk lindungi diri ja mungkin sebab terlalu sayangkan suami aku tak nak polis tgkap dia.. selalu juga sbnrnya aku kna pukul tapi aku banyak diamkan diri. lepas kjadian tu. suami berjnji tak akan pergi ke pub tu lagi. aku bodoh min. sebab aku prcaya. Allah memang c berknan dengan helah suami. Kantoi lagi bila aku dapat gmbr n video suami keluar dengan pmpuan yang sama n kawan2 ke karaoke. peluk cium. mustahil diorng tak buat lebih dri itu kan. kitaorang gaduh lagi.. benda yang sama terjjadi lagi. kali ni…dia pukul aku. pecahkan pintu dan barang kat rumah tanda protes.
Aku malu min. sebab stiap kali gaduh kat rumah. jiran2 n anak dgr. kalau gaduh mulut aku tak kisah. ni smpai pecah kn barang. sepak terajang aku umpama bola. tipu lah kalau aku tak melawan untuk pertahankan diri. Tapi bila aku melawan. katanya aku yang salah. sedangkan 14 tahun prkhwinan kami. suami aku tak prnah sebut “mnta maaf” kat aku. tak kisah lah salah dia or aku.
Sekarang min. suami aku dah tak macam suami yang aku mula2 kenal dulu. rumah tangga kami pun tak ceria dah. hari2 masam muka. aku stress sangat2. aku tak tau lah nak prcaya kat suami lagi atau tak sebab dah banyak kali dia tipu aku. tgok je muka dia.. aku trngat blik kat prstiwa lepas.. Allah je tahu prasaan aku min..mgkin org nmpak aku ceria n selalu trsnyun…tapi sbnrnya aku sakit sangat min..aku tak tahu nak luahkan dengan sesiapa baik kawan atau kluarga..prestasi krja aku pun menurun juga..sebab aku selalu tak hadir brtugas n sering sakit..sampai bila aku nak duduk diam.. aku nak minta cerai aku takut min..ke aku nak curang juga?




