salam warga krt saya nak luahkan perasaan saya. saya rasa macam menyesal berkahwin pada usia yang terlalu muda buat saya. saya mempunyai seorang anak perempuan yang sangat saya sayang. saya sebenar tak berapa selesa dengan perkahwinan ini disebabkn suami bawa saya duduk dirumah mertua
sudah 3 tahun menumpang
Saya seorang suri rumah sudah dua tahun, yang membuat saya tak selesa mak mertua sesuka hati masuk bilik saya waktu saya tidur dan suka memanggil waktu saya tengah tidurkan anak senang cerita bilik saya punya tingkap di dapur suka2 pangil anak saya ikut tingkap, di dapur ada tingkap bilik saya , so dorang suka pangil2 anak saya tanya dah tidur ke belum ,
Bila suami saya tak dirumah pula dia asyik nak masuk bilik saya cuma hanya nak cium anak saya dan saya tak selesa sebab saya menyusu badan yela buka sana sini kan nama pun bilik mesti la kain terangkat semua. suami saya dalam proses membeli rumah subsale tapi mil fil macam nak ikut kami tapi suami halang mil macam terkecil hati sebab dia takda rumah sendiri cuma dia pesan nanti dia dah tak kerja dia akn duduk skli…
Adik dia ada 3 orang dalam rumah semua 8 orang rumah cuma flat 3bilik. kami kongsi ramai2. adik dia dua orang lelaki dan seorang perempuan. yang perempuan dah sambung belajar, sekarang kerja rumah semua saya pikul
adik dia lelaki tidak berkerja mengangur bila suami saya pergi keja saya duduk dengan dia dengan anak saya , sebenarnya saya betul2 rasa tak selesa saya fikir apa orang sekeliling fikir semua ..
kadang adik2 dia masak maggi buat air saya yang kemas sebab mak mertua saya bila rumah bersepah dia akan bising dan tarik muka, bila dia bising saya tak suka keluar bilik kadang tak makan. sekarang saya gastrik suami sekarang panas baran , kaki game siang abis masa berkerja malam pegang telifon sampai 1 2 pagi. bila pagi tak boleh bangun salahkan saya sebab tak kejut dia pukul 4 pagi
Hari minggu dia habiskan masa dia satu hari dpn pc dalam bilik saya betul2 tension
saya rasa nak tenangkan fikiran yang serabut. serabut dengan family dia suka menyebuk. masa saya duduk rumah nak free siang ada adik dia malam ada big family dia rasa macm serabut makin lama kepala ni. kadang bila balik berjalan tu rasa macam taknk balik tengok diorang yAAllah saya terlalu tension. suami tak bg berkerja buat sementara tunggu rumah. korang pagi kata2 semangat please , yang pernah duduk dengan mil please share pegalaman korang kat komen