salam warga krt. sebelum itu saya mintak sngat admin tolong hidekn profile saya ye. saya terdetik untuk menceritakan kisah saya. tak la serancak kisah kisah yang lain. tapi saya seorang ibu dan isteri yg muda. yang agak baru dalam bidang perkahwinan ini. dan perlukan nasihat daripada yang berpengalaman.
saya berkahwin pada bulan 12 tahun 2018. skrg saya mengandung 5bulan. everything goes well sebelum saya mengandung. tapi sejak saya mengandung ni, saya perasan banyak perubahan yang berlaku antara saya dan suami saya. isu2 yang kecil di jadikan bahan untuk bergaduh dan akhirnya menjadi maslaah yang besar.
bila saya cerita dengan orang yang lebih
berpengalaman dalam mengurus rumah tangga ni, mereka kebanyakkan berkata mungkin ‘pembawakkan’ budak. btw, saya dh scan, saya mengandung anak lelaki. jadi semua ckp baby dlm perut saya x ngam dengan ayahnya. pergaduhan2 yang berlaku berpunca dari masalah kecil. contohnya, macam baru baru ni saya kejut dia mintak bangun pagi. saya yang mengandung ni lebih active dari dia. siap sediakn breakfast untuk dia. saya cakap baik2 mintak dia bangun dari tidur.
dia celik mata, tutup kipas dan masih baring atas katil. tapi mata celik. bagi dia consider dah bagun dah tu. saya panggil lagi dari dapur, sbb waktu tu dh nk masuk pukul 11. saya panggil elok2 bangun, dia bangkit dari tempat tidur, dicapainya telifun kemudian dia baring diruang tamu sambil bermain hp. syaa bagi lagi masa. selepas siap masak saya hidang di coffee table diruang tamu. konon nak ajak breakfast la. boleh dia masih terbongkang sambil menilik hp? allahu.
mungkin bagi warga krt perkara ini tidaklah besar mana. tapi bnde2 mcm ni boleh mendatangkan kemarahan. Bila saya tegur saya cakap saya mengandung lagi active dari dia siap semua dah tersedia si suami dengan belum cuci muka gosok gigi yang di buat pagi2 main hp smbil baring lagi. bila saya bising dia cakap dia dh bangun. iyalah, bangun dia tu konon celik mata tu bangun la. allahu geramnya.
dan pekara kecil itu yang membuatkn saya dan suami tak brtegur masuk 3 hari. pergaduhan menjadi besar apabila saya mengeluarkan perkataan yang agak kasar lah. bagi saya alasan celik mata consider bangun tu adalah jawapan paling ‘bod0h’. bukan sekali dua saya tegur, tapi dia masih buat sebagai alasan. siap dah ajar. bangun tu maksudnya bangkit la dari tmpt tidur. pergi la buat bnde berfaedah. cuci muka ka breakfast ka. tapi tiap kali saya betulkan fahaman dia, tiap kali tu jugak dia nk melawan kata, yang bangun tu cukup sekadar celik mata. alasan bod0h!
dan perkataan ‘bod0h’ saya tu tak dpt diterima dia. mati matian nak membela diri. bukan nak beralah dengan saya, mintak maaf ke atau kalau susah sngat pun diam je. ini lagi saya membebel lagi dia cabar saya. saja menyakitkan hati saya dengan berkata, dia sedang memerhatikan perangai saya, sampai hujung tahun ni. kalau dia x nmpk perubahan dia nk ceraikan saya.
isteri mana yang boleh terima bulat2 ayat tu dlm keadaan mengandung? saya perlu berubah? ingat saya ni sejenis yg bangun pagi ke sewaktu bujang? rajin masuk dapur menolong ibu masak? saya pun usaha brubah setelah bergelar isteri. tapi masih lagi nak di nilai? tipulah lepas dengar mcm tu saya x meroyan. meroyan mcm org mati laki.
BIla emosi saya tergnggu. saya baling smua barang depan mata saya. jadi pergelutan besar. dan seterusnya, suami saya macam biasa, biarkan pergaduhan ini belarutan walaupun saya dh mintak maaf. masih diam sepi sampailah harini. mcm dia sorg ada perasaan, dia sorg ada ego. saya tgh mengandung ni emosi x perlu dijaga? saya nak kene jaga hati semua org. allahu.
saya dah mengalah, marah macam mana pun masih sediakan makan minum. dia xnk tidur sebilik sekatil dengan saya. solat dah xnk berjemaah. kalau saya ke ruang tamu dia masuk bilik pakaian. kalau saya masuk bilik dia beralih ke ruang tamu. macam tu sekali jijik nak tgok muka saya. yang berpunca dari tegur dia untuk bangun.
harini saya gagahkn diri, sbb takut jugaklah kalau kita ckp baik2 di sergahnya dia, kang tak pasal pasal hiba pula. saya panggil untuk tidur di atas katil. baring di sofa kan sakit badan. dia akur, tapi bila dh masuk bilik tu dibalakngkan saya, hm.
tipulah kata tak rindu nk berbual dgn suami saya. memandangkan kami hanya berdua saja dirumah ini. macam orang gila pun iya, siap curi baju suami bawak masuk bilik dicium2. saya perlukan perhatian. salahkah saya nakkan perhatian sewaktu saya hamil anak pertama ni? saya perlukan seorang suami.
Ni dah macam kakak pujuk adik yang merajuk tak dpt gula gula. apa saya nak buat? pujuk suami saya? diam kan aja? tapi setiap kali teringat dia kata dia sedang pertimbangkan untuk ceraikn saya lepas bersalin tu, yang menusuk nusuk. saya x berpengalaman, ini hanya pembawakkan saja kan? kalau saya salah boleh tegur diruangan comment. saya harap teguran pun dengan cara yang baik. saya juga manusia biasa yang sering melakukan kesilapan. terima kasih admin sudi siarkan.




