Assalamualaikum..hai admin dan warga krt..saya nak luahkan kisah saya ni..bukan nak mengaibkan sesiapa,tapi anggap buat pengajaran untuk semua..maaf agak panjang sikit ye.., ..
1.kisah dia bermula apabila saya sebelum berkahwin saya duduk bersama family sendiri di, dimana sebelum itu family saya nak sangat beli kereta besar(untuk memudahkan balik kampung katanya) oleh kerana adik beradik saya tak lepas untuk letak nama, kereta tu jadi nama saya je tanpa penjamin(alhamdulillah lepas)..
2. selepas berapa bulan saya beli kereta, saya pun berkahwin (jodoh dah sampai), saya cakap kat family yg saya nak kereta tu sebab takut nanti family saya tak mampu nak byar tiap bulan, yela 9 tahun kan. macam2 boleh jadi nanti,,mak ayah saya ok tapi adik beradik saya berkeras jugak mahu kereta itu, dorang cakap “ko boleh beli yang lain tak payah nak amek kereta family”..”ko sentuh je kereta ni,ko tengok aku meroyan mcm org gila nanti”..hmm,,saya pun mengalah jela…sebab fikirkan family je..
3. jadi bila saya kahwin,saya duduk dengan isteri. merantau di kl kerana dapat kerja disini. Sebelum saya merantau, saya ckap kat adik beradik saya,kereta tu saya dah ligankan setaun. kalau boleh jangan ada sangkut payment,nanti saya nak beli rumah ke ape ke susah nanti.. tapi, kata2 saya hanya masuk telinga kanan,keluar telinga kiri..
4. selang setahun saya da ligan keta tu, saya dapat panggilan dari bank, bank ckap kereta saya ada tunggakan,betapa sedih saya time tu. rupanya selama ni keluarga saya bohong saya. Patut la kereta tu mcam2 yang dah diubah, rim tukar la. itu tukar la. hmm. rupanya tiap bulan untuk bayar keta mereka buat benda lain..
5. sampai la dah ke 6 tahun saya kahwin, macam2 alasan family saya nak bayar kereta tu, padahal adik beradik saya bekerja, tapi, mereka tak ada tolak ansur nak bayar sama2, mereka asik pertikaikan saya duduk kl gaji beribu2..,,
6.saya selalu ckap, duduk disini jangan ingat kami senang, kami berduit sangat. macam2 mahu dibayar, dengan sewa rumah, bil api, bil air, pengasuh, nasib la isteri saya byk membantu. Itupun, family saya ckap isteri saya punca kereta sangkut. allahuakbar. kakak saya pernah sound isteri saya, dia cakap sebab sy kahwin dgn org kl keta sangkut manjang je..
7. family saya dari dulu tak pandai berjimat,masa nak kahwin pun saya risau dgn family saya tu..adik beradik saya semua suka cakap besar.. tapi tin kosong je. Setap tahun saya bergado dengan isteri, sebab stress dengan keluarga sendiri, saya pernah terniat nak menceraikan isteri saya tapi saya mengucap panjang2 sebab selama ni alhamdulillah semua cukup selama hidup dengan isteri saya, dialah tulang belakang sy..
8.dan pada tahun ini, kereta saya di kampung kena tarik, itupun da sangkut lebih 3 bulan, dan family saya sorokkan kereta tu kat mana ntah. sampai saya dipanggil di mahkamah..kerana tidak byar kereta dan cuba bwk lari kereta tu dan nama sy dah kena blacklist. family sy ckap, baru blacklist belum muflis lg..alahai kerana keluarga sendiri,,hdup sy
merana. jadi, janganlah kita bg penama atau jamin adik beradik atau keluarga kita sendiri..orang tak merasa,ape yang saya rasa sekarang. maaf saya jenis tak pandai karang..harap faham jelah luahan saya ini.




