Assalamualaikum wbt admin Dan fans kisah Rumah tangga. Saya mahu berkongsi kisah saya, agar dapat dijadikan pengajaran pada janda2, isteri @ anak gadis diluar. Mohon admin hide fb ya. Saya faham yang saya akan dikecam tp lihat Dr suruh positif, bila timbul Masalah.. Hanya perempuan dikecam dgn Teruk Dan lelaki bebas.. Mcm TAKde buat salah pun. Sebab tu dorang akan terus2 Aniaya wanita lain, Bukan semua balu@janda suka2 Sondol rumah tangga org.
Saya Seorang Balu Dan Ada 3 orang Anak. Selepas Arwah suami meninggal dunia, kehidupan saya agak down.. Perlu uruskan semua urusan sendiri.. Dan saya tiada sesiapa Sebab saya yatim pintu. Memang saya struggle Tapi saya teruskan hidup bersama2 anak. Saya ada Seorang kawan perempuan yang memperkenalkan saya untuk join dating site.. Dan dari sini la Masalah saya timbul. Saya berkenalan dgn Seorang lelaki yang pada mulanya niat nak tolong saya Dalam Bisnes.. Tapi niat Dia lain sebenarnya. Dia hanya Nak mempergunakan saya hanya untuk kepuasan nafsu Sahaja.
Saya berkali2 cuba untuk Elakkan diri darinya Tapi dia memang try hard untuk dapatkan saya. Bila dah terlanjur, saya bagitau saya taknak teruskan hubungan, saya ada 3 org anak yatim Dan saya taknak Anak saya dapat Musibah Dr perbuatan saya. Saya juga kasihan pada isteri Dan anak2 Dia yang ditipu. Bila saya Nak stop, dia janji nak Nikah.. Semua persiapan saya buat, dia suruh saya Cari Rumah lain. Yang guarded yang mudah Dia dtg.. Supaya isteri dia tak tahu bila dah Nikah. Saya agak Berat Hati.. Tp dia desak Dan setiap hari Dia tanya soalan yang Sama.
Sebaik anak saya selesai exam upsr.. Saya terus Cari Rumah.. Dan dapat Sewa rumah yang dekat dgn sekolah anak yang sulung. Saya bagitau saya TAKde duit nak byr deposit rm4k Dan tak masuk kos pindah lg.. Dan sewa rumah baru Ni lebih mahal. Saya memang bod0h Sebab Percaya Dan ikut cakap Dia. Saya jual semua Perabot yang telah Arwah suami Sediakan air-conditioned Mesin basuh pegi AIs.. Yang Tidak dijual TV oven Dan pakaian.. Untuk Cukup deposit.. Bila saya Ingat saya rasa Nak Gila. Rumah yang disewa Tingkat 4..takde lift Dan disediakan perabot. Masa Nak pindah memang penat turun naik angkat barangan dgn anak2. Bila Ingat Balik.. Kenapa saya bod0h ikut ckp dia..
Anak2 saya menangis kepenatan angkat brg2 yang Berat.. Tong gas semua.. Dia memang tak tolong. Anak TAK pernah rasa susah Macam tu masa Arwah suami Ada. Bila dah settle pindah dia Minta tangguh Nikah alasan Dia tak dapat Cari masa Sebab wife Selalu tanya dia Kat mana sampai la saya mengandung.. Saya bagitau Dia.. Dia suruh saya buang Sebab dia ckp dia hanya Nak saya.. TAKnak yang lain. Masa tu saya rasa Sedih sgt.. Knp dia Sanggup ckp mcm tu. Saya bagitau isteri dia..yang mengandungkan Anak suami dia.. Dia suruh saya Cari lelaki lain… Saya cuba untuk bincang.. Pergi Rumah mereka.. Anak dia bagitau.. Ayah taknak keluar, saya ckp saya mcm mana.. Anak dia yang belajar u.. Ckp.. Lantakla.. Bukan boleh buat apa pun.
Lama saya tunggu luar pagar rumah, sampai polis call saya suruh beredar atau polis akan angkut saya Dengan kereta peronda. Tergamak dia call polis Dan Ugut saya mcm tu. Polis Ada bagitau saya untuk bawak report mengandung Dan mereka akan ambil tindakan pada dia.. Saya cuba untuk bincang, tp dia fitnah Dan Kata saya Gila, isteri nya bagitau saya Ntah Anak Jantan mana yang saya tido. Demi Allah ni Anak dia Dan saya TAKde tido Dengan lelaki lain. Dia Dan keluarga duduk luar Malaysia Dan Sesekali Balik Malaysia. Sekarang dia dah block saya. Kandungan saya Sekarang 3 Bulan. Macam2 dlm fikiran saya, kelahiran anak Ni bulan September, September juga Anak kedua akan menduduki pt3. October Pula kontrak rumah Tamat Dan November anak sulung spm. Saya Nak pindah sebab sewa rumah mahal Tp saya terpaksa fikir keadaan anak yang sedang etakam Dan saya baru bersalin.
Saya Cuma Nak cakap.. Apa yang dibuat pada saya sgt kejam, dia buat saya lebih hina Dr Seorang Hamba seks, Dan saya Pujuk isteri dia izinkan saya Nikah untuk anak Ni.. Tp dia ckp mcm2.. Dia berduit Dan Mampu.. Saya Pujuk diri.. Allah ada.. Allah lihat dan dengar rintihan Dan penderitaan saya. Satu kesilapan saya yang menghancurkan hidup saya Dan anak2. Saya dah bertaubat..dan saya Harap satu hari Nanti Dia akan Terima balasan atas apa yang dia dah buat pada saya Dan anak2.
Pesanan saya, jangan bagi muka pada lelaki Penipu.. Kalau dia nak lepaskan nafsu.. Lebih baik Dia Byr pelac*r. Jangan bagi dorang gunakan diri Kita sebagai tempat melepaskan nafsu. Biarla Dia nak dpt penyakit ke apa.. Kepada yang Suka kecam janda2 .. Hati2..yang menjahamkan hidup org lain ni maybe suami kamu2 juga. Pada yang sedang jalinkan hubungan dgn suami org.. Tinggalkan je.. Sebab dorang ni useless
Tq min




