apa perasaan seorg bini bile suami:
nak beli barang rumah tapi dalam keta dah pesan beli ape yang perlu je, tengah beli barang amik buttercup suami cakap tak boleh amik yang murah ke?, baju anak susah betul nak beli kan sampai dah singkat2 pakai. kata bile ada duit nanti beli tapi sampai ke sudah tak ade.
bayangkn anak sudah berumur 2 tahun 6 bulan tapi masih pakai baju time dia 6 bulan baju bini jangan cakap lah. Rumah tak ade bende boleh masak. nak makan luar terus balik kampung mak dia tapi dia bagi rm10 untuk makan, minyak dan belanja. alasan tak cucuk duit padahal dah tau awal2 nak balik kampung.
saya seorang degree holder tapi jadi suri rumah sebab suami suruh duduk rumah jaga anak. 3 tahun kawin rasa macam bibik. segala bende saya buat. dia tau bangun tengah hari makanan dah siap masak dan terus keje.Sebelum ni dia memang tak bagi nafkah tapi saya tak kisah sebab dia bayar asb loan saya.
dari duit dividen tu lah saya pakai buat belanja diri dan anak untuk setahun. dari duit tu jugak lah saya bawak anak pegi jalan2 sendri sebab dia 24 jam bz. tapi sekarang nak jual asb saya kata nya tak mampu nak bayar. mane lah duit belanja saya lepas ni
Sedih bile kemahuan bini susah nak tunai kan tapi dia bli keta bmw, makeup keta cantik2. tapi bini nak cntik kene korek duit asb sendiri beli. lepas ni dah tak ade asb tak tau lah mane nak korek duit. patot ke saya tegas csri keje?
Agak2 umur dah 29 tahun dengan pengalaman keje 6 bulan je, senang ke nak dapat keje? sekarang preggy anak no2. Hati tak tenteram fikir. sedih pilu kecewa. banyak lagi yang dipendam tapi tak terluah. ape saya bole buat untuk kekal bersama.
October 4, 2018
puan cuba tengok tengok kerja yang sesuai dengan puan mana tau ada rezki baik..ada rezki anak…. soala suami tu saya fikir ketepikan dulu…sebab banyak alasan yg perlu di lihat semula … sebagai contoh kalau di tak nak puan bekerja untuk jaga anak… 1. saya pun macam pelik pulak…. kalau jadi bapa sayang sangat anak di jaga oleh orang lain..tapi kenapa..sikap dia tidak menunjukkan dia sayang anak..contohnya..1. sampai baju anak pun tak mampu nak beli. 2. nafkah isteri pun tak mampu nak tanggung…. saya cadangkan puan cuba cuba cari kerja yang sesuai dengan kelulusan atau sambilan untuk sementara kelahairan anak ke dua ni… dan kalau dapat kerja tolong berjanji dlam hati berapa gaji yang puan terima jangan sekali kali maklum jumlah yang betul.. simpan dan rashiakan dari orang macam itu. ( untuk kebaikan diri puan dan anak anak )