Laki aku ni min dia selalu ulang benda yang sama kat aku. Suami cakap walau apa pun terjadi ibu ayah tetap yang pertama. Setiap minggu dia tak pernah putus-putus nak bagi ibu ayah duit tapi dengan aku min nak beli spenda pun pakai duit sendiri aku terasa sangat hati ni min, tapi aku tak bagi tau dia..
Ada sorang hamba Allah ni berpesan pada aku.. “Tak apa biar suami kita lebihkan ibu bapa kita, kita isteri tak salah kalau terasa hati, tetapi jangan sesekali kita suarakan perkara macam ni sebab takut terjadi pentengkaran, sebaliknya kita berfikir lebih jauh lagi.
Kita ada anak, anak kita satu hari nanti akan berkahwin, akan ada yang beristeri.
kita doakan semoga anak-anak kita mengutamakan kita dalam apa jua hal, ini adalah berkat kesabaran kita”. Dengan kata-kata hamba Allah inilah yang membuatkan aku terus pendam rasa, sedikit pun aku tak suarakan apa-apa.. Percaya atau tidak.
Pakaian aku selama ni aku yang beli sendiri min guna duit niaga kecil-kecilan aku ni. Kalau aku nak berjalan kemana-mana suami aku minta aku isikan minyak kereta and segala kos aku tanggung sendiri. Ada satu hari min, laki aku nak beli kereta baru, aku seronok min.
Aku ingatkan kereta lama dia nak bagi kat aku,, tapi min dia lebih memilih bagi kereta tu kat mak ayah dia, sedangkan mak ayah dia dah ada 3 biji kereta. yang aku ni tak ada apa-apa min, motor pun tak ada.. kadang-kadang aku terfikir, kenapa dia berkahwin dengan aku?? sebab aku tak rasa kasih sayang dia min..




