Assalamualaikum admin. Mohon hide profile. Tahun ni usia perkahwinan saya masuk tahun yang ke lima. Saya sekadar nak meluah dan minta pendapat warga krt. Orang kata fasa pertama perkahwinan memang akan ada masalah. Saya Cuba sabar walaupun suami saya mesej dan berjumpa perempuan lain belakang saya. Masa saya mengandung anak pertama pun suami masi berjumpa dengan perempuan lain . Saya ni punya la kesian kat dia ingat dia kerja sampai 2,3 pagi. Rupanya keluar dengan perempuan. Saya tau sebab saya nampk gambar dalam phone suami. Bila saya dapat tau dia minta maaf janji tak buat lagi. Macam biasa saya maafkan.
Sebelum nak masuk tahun ke empat perkahwinan, kami balik ke kampung suami di sebabkan masalah ekonomi. Saya ingat duduk kat kampung dengan mertua tak kan ada isu pasal perempuan lagi. Bila dia dah Mula berkerja dalam 3 bulan pertama saya tengok perangai dia dah berubah. Kalau dulu sorok hp dalam sarung bantal je sekara g saya tak tau mana dia sorok hp. Daripada 2017 sampai July 2018 ni tak pernah tau . Saya pernah cari 1 rumah kat kereta pun tak jumpa.
Hampir setiap hari bergaduh pasal hp. Suami pernah bawa anak keluar 2 hari 1 malam bila balik je anak2 bercerita pasal mami. Bila tanya suami sapa mami suami cakap kawan. Tapi saya tak puas hati tak kan kawan kena bahasakn diri Mami pulak. Masa kandungkan anak kedua tahun lepas pernah bergaduh gara2 hp je sampai sanggup tolak, Dia tampar muka Saya sampai telinga saya berdesing dan ludah muka saya. Masa tuh usia kandungan 6 bulan
May 2018 masa kita orang keluar suami tertingal hp. Saya pun buka la wasap. Rupanya dalam setahun ni dia ada hubungan dengan janda ank 2. Padan la sorok hp bukan main lagi. Lepas tuh dia minta maaf minta 1 peluang lagi. Okay la saya bagi peluang yang terakhir. Tapi jangan sorok hp lagi lepas ni dan no tel pun kena tukar. Dia tunaikn janji tapi pasword hp dia tukar.
Baru2 ni sebab saya tak tau pasword dia saya ambil memory kad pasang kat hp saya Mengigil tangan tengok gambar suami dengan janda tuh duduk dalam 1 rumah pulak tuh tak berbaju. Sampai ke tahap macam tuh sekali. Saya tak sangka suami saya pergi sejauh itu. Saya boleh terima dia tipu saya 5 tahun ni tapi bila dah sampai atas katil ni saya sangat2 tak boleh terima. Saya minta cerai dia tak nak lepaskan. Kalu gaji 10k ke tak ape la jugak kau nk kawen ke apa dengan janda tuh. Ni gaji 1k je. Makan pakai anak pun tak lepas pulak tuh buat perangai.
Saya nk cerai.. tapi dia tak nak lepas kan . Nak balik rumah orang tua tak ada duit , pulak tuh kena menyebrang lautan. Saya tak sangka dalam hari2 baca kisah sondol menyondol kat krt kena pulak kat diri sendri huhu. Apa yang perlu saya buat?
Suami minta maaf dia janji dan taubat tak kan buat lagi. Dia cakap benda tuh benda lama. Entah la. Benda lama pun 3 bulan lepas suami ada berhubungan dengan janda tuh. Saya tak boleh nak maafkan suami. Saya rasa cukup la 5 tahun ni. Pendapat korang pulak macam mana?
Kalau dia tak nwk ceraikan Saya apa yang saya kena buat? maaf ayat terabur.




