Salam min..Dan warga KRT yang setia membaca semua luahan. Aku harap tiada orang yang kena hadap apa yang terpaksa aku lalui sekarang..aku sedang hamil 4bulan sekarang.. doakan Kali ini aku kuat Dan dapat melahirkan anakku yang pertama walaupun dah masuk 5kali aku mengalami keguguran. Doakan aku terus kuat until bertahan Dan melawan penyakit yang sedang aku tanggung. Bagi yang bernasib baik,bersyukurlah jika memiliki suami yang penyayang Dan bertanggungjawab,Dan aku?suami yang aku kahwini tidak seperti yang aku harapkan,mungkin ini ujian Allah untuk aku.
Siapa yang mintak semasa berjuang melawan kesakitan tetapi si suami tidak memperdulikan langsung diriku di hospital,dengan alasan dia terpaksa membawa ibu Dan keluarganya untuk pergi uruskan perkahwinan adiknya, ye suami ku anak mak, pro keluarganya. suami aku selalu cakap seorang isteri jika bercerai Maka terputuslah segalanya tetapi keluarga tidak,aku dah lalui macam macam sampai aku dah terlalu penat.
Bab nafkah suamiku terlebih Arif katanya dalam apa pun mesti dahulukan maknya daripada isteri sebab syurganya di bawah kaki ibunya aku faham Bab itu min, tapi untuk penuhi semua permintaan ibunya,suami aku langsung Tak mampu untuk memberi nafkah kepada aku,segalanya aku tanggung termasuk makan minum. Cuma rumah sahaja dibayar oleh suami, tapi dalam rumah ni min,aku ibarat menumpang,aku Tak boleh buat sesuka hati,suami aku selalu cakap rumah ni aku cuma menumpang.
Setiap bulan suami akan hantar belanja pada ibunya sedangkan dia Ada beberapa lagi orang abang itu belum lagi permintaan ibunya yang nakkan macam macam, dan adik beradiknya yang selalu meminjam, yang sedih min, aku nak merasa suami aku belanja makan memang takkan, tapi bila keluarganya datang,dia akan bawa makan ketempat yang istimewa tetapi aku Tak pernah dia ajaknya untuk menyertai mereka, alasan makan keluarga, apakah aku in orang luar. Itu belie lagi dengan permintaan ibunya apabila melihat aku membeli sesuatu contoh gelang, aku beli dengan titik peluh aku min, tapi ibu mertua nampak dia Akan minta anaknya belikan. Aku masuk ke hospital berbayar, mak mertua datang until melawat tapi mempertikaikan siapa yang membayar bil hospital.
Itu belum pergi bercuti, mesti bawa maknya Dan kadang kadang adik beradiknya, bila Tak cukup duit, aku yang jadi mangsa kena keluar belanja, bil telifon maknya yang kadang suami Tak cukup duit pun suami minta aku yang bayar,selalunya aku buat taktahu. Aku cuma minta doa dari kalian semua..aku terus kuat until menjaga kandungan ku.. Dan Allah memberiku kesihatan yang baik, sebab min, aku dah penat untuk berjuang dalam rumah tanggaku. Aku Tak tahu keputusan yang ku ambil in betul atau tidak..tapi aku dah penat sangat..penat until menjadi hamba Abdi dalam rumah tangga..penat untuk dimaki hamun..penat untuk dipergunakan… Aku mohon doa kalian semua.. supaya aku dapat lahirkan anakku dengan selamat Dan kuat melawan penyakitku..




