Assalamualaikum admin.. sorry saya cuma nak meluahkan.. dia beri nafkah zahir dan batin secukupnya. dia seorang yg sering membantu meringankan beban saya sebagai seorang suri rumah.. anak2 dia ambil berat sehinggakan dia xkan mkn sebelum menyuap anaknya makan.. wang gaji xpernah kedekut.. Tapi dah 9 tahun dia ada hubungan scandal dgn isteri orang dalam senyap. Saya tahu selepas allah perlihatkan penipuan itu. anak2 xsanggup berjauhan dr bapa mereka dan masih kecil. saya buntu setiap kali kantoi dia mohon maaf dan janji tak ulangi tp ini terjadi lagi selama 9 tahun.. tahun lepas kejadian curang terakhir berlaku. dia janji dia tak kan ulangi.
Awal tahun lepas kami sama2 pergi menunaikan umrah dan saya melihat dia ada sedikit perubahan. nak dibuatkan cerita baru2 ni penipuan dia thn lps allah perlihatkan. saya bru dpt tahu..saya menangis semahunya.. Untuk pengetahuan semua sehingga kini suami cuma kantoi mesej sahaja. tidak pernah allah tunjuk hubungan dia lebih dr itu.
saya tak tahu sejauh mana saya mampu bersabar dan percayakan janji dia akan berubah. Selain dari kes ni dia tidak pernah menimbulkan masalah dlm rumah tangga.. jika tiada sikap curang ini dia adalah lelaki yg sempurna.. saya betul2 keliru..