Assalamualaikum admin.. sorry saya cuma nak meluahkan. dia beri nafkah zahir dan batin secukupnya. dia seorang yang sering membantu meringankan beban saya sebagai seorang suri rumah.. anak2 dia ambil berat sehinggakan dia takkan makan sebelum menyuap anaknya makan.. wang gaji takpernah kedekut..
Tapi dah 9 tahun dia ada hubungan scandal dgn isteri orang dlm senyap.
Saya tahu selepas allah perlihatkan penipuan itu. anak2 taksanggup berjauhan dari bapa mereka dan masih kecil. saya buntu setiap kali kantoi dia mohon maaf dan janji takulangi tp ini terjadi lagi selama 9thn.. tahun lepas kejadian curang terakhir berlaku. dia janji dia takkan ulangi. Awal tahun lepas kami sama2 pergi menunaikan umrah dan saya lihat dia ada sedikit perubahan nak dibuatkan cerita baru2 ni penipuan dia thn lps allah perlihatkan. saya bru dpt tahu..saya menangis semahunya..
Untuk pengetahuan semua sehingga kini suami cuma kantoi mesej sahaja. tidak pernah allah tunjuk hubungan dia lebih dari itu. saya tak tahu sejauh mana saya mampu bersabar dan percayakan janji dia akan berubah..selain dari kes ni dia tidak pernah menimbulkan masalah dlm rumah tangga dan jika tiada sikap curang ini dia adalah lelaki yang sempurna.. saya betul2 keliru..




