Salam min. hidekan ye.saya dah kahwin ada anak lelaki sorang brumur 4 tahun, saya dalam dilema apakah patut saya buat bila seorang isteri tak nak balik tinggal bersama saya alasan tak nak jejak kaki lagi sebab dia dendam dengan orang tua saya ada salah faham sikit. dia tak mengaku mak ayh saya mertua dia lagi. puas saya pujuk untuk dia pulang tinggal bersama saya.
Saya cuma menyewa rumah sebab saya kesiankan anak. Asalnya dia merayu dengan saya dia nak kerja tapi saya dah pikir awal2 lagi apa akan jadi bila saya bagi dia kerja sebab saya pun kerja kampung je. msa tu saya tingal umh mertua saya. saya bagi isteri kerja dan saya ambil keputusan balik kampung saya kerja. msa tu saya susah. saya bawak anak laki saya jaga sambil kerja.
saya merayu supaya isteri pulang. saya ugut kalau dia tak pulang saya tak kan kirim duit nafkah sebab dia tak ikut cakap saya. saya berkeras juga sampai sekarang saya tingal kat kampung. wife plak stay negeri lain katanya tak nak tinggal kerja dia dah selesa kat sana dan tak nak lagi hidup dengan saya takut susah lagi. sudah banyak kali dia minta saya lepaskan dia.perasaaan sayag tu tetap ada. sebab saya pikirkan anak lelaki saya..
setahun saya jaga anak lelaki. sekarang dia datang ambil anak dan bagi pada orang tua dia. saya buntu apa patut saya buat untuk kmbali hidup bahagia bersama anak isteri. saya dah cuba tanya dia suh cari kan kerja kat tempat dia tak kisah kerja apa asalkan boleh dekat anak bni saya tetapi jawapan dia takde kerja kat tempat dia. saya ambil keputusan dalam masa terdekat saya nak hijrah ke tempat baru untuk cri rzki. saya kesiankan anak saya tanpa ksih sayang seorang ayah dan ibu. saya buntu pkir macam mana nak slesaikn masalah saya. tq admin




