As salam admin…tlg hidekan nama saya.
Serba salah juga nak post thread ni tapi saya sedih setiap kali memikirkannya. Saya dan suaminya jarang2 tidur sekatil sejak dari 2 anak lagi (sekarang 3) dah hampir 5 tahun setengah tidak tidur sekatil.. Jadi , saya nak mintaklah pendapat kawan2 semua (tolong open-minded sikit yer..bicara secara matang dan dewasa) . Benarkah tidur berasingan bagi pasangan suami isteri itu akan menghasilkan konflik rumahtangga di kemudian hari ? Dulu ada segmen Wanita Hari Ini ada membincangkan topik seakan serupa dgn yg yg saya utarakan ni . Antara yg memberi komen ialah Dato’ Dr. Fadillah Kamsah , pakar motivasi terkenal tu . Beliau berkata bahawa suami isteri tidak digalakkan tidur berasingan selalu . Sekali sekala tak mengapa tapi jangan melarat2 .
saya ni sering terasa yg suaminya kurang hendak bersembang , berkomunikasi. Balik rumah pun mulut berat nak bersembang2 dgn saya tapi dgn org lain bukan main ramahnya. hp boleh kata 24 jam ditangan. dulu saya xsuka main handhpone kat rumah, skrg bila dia balik rumah je, sy akan layan hp sbb sakit ati dgn dia..dan kami sama2 layan handphone. saya boleh dikatakan setiap hari menangis memikirkan hal ini lebih2 lagi bila terfikir akan fenomena ” jarang tidur sekatil ” ni . Adakah itu punca nya ?
Lagi bertambah sedih bila rakan2 itempat kerja memberitahu bahawa tidur berasingan merupakan masalah yg sgt runcing sehingga boleh mnyebabkan penceraian dan kawan2 tempat kerja semua tidur bersama suami walau ada anak kecil (siap tidur sebantal satu selimut).
Alahai … Saya harap anda dapatlah beri sedikit komen bernas atau apa2 pendapat yg pernah anda dengar berkaitan topik ini . Terima kasih banyak2 saya ucapkan. Saya rasa kesunyian, asyik memendam perasaan dan berdendam dengan suaminya. Saya pernah luah dekat suami…beberapa kali..tp mcm xde kesan dia hanya tergelak tanpa memperbetulkan keadaan..dia seorang yg baik, mkn minum anak dia jaga, solat tak tinggal. kadang2 solat berjemaah kat surau tp bila di rumah tapi asyik melayan hp.. Begitulah ceritanya.
Maaflah kalau terlalu panjang lebar . Semakin lama saya dh rasa mls dh nk bersembang ke apa..kadang2 dia tanya apa2 sy buat tak tahu je. malas dah nak bercakap nak apa. paling sedih bangun tengah malam tengok dia tdo kat lua. Depan tv. atau sebelah anak2. Tak pernah nak tdo sebelah saya. peluk jauh skali tak taw bila last tdo peluk bertahun lamanya dah xingat. walaupon sebelah saya kosong, walaupon saya pernah ajak tdo sebelah. hati saya sedih sebak benci semua ada. saya merasakan rumahtangganya seperti retak menanti belah. sedih bila memikirkan anak2 masih kecil. Hilang rasa cinta..yg ada rasa benci tetapi memikirkan anak2 sy sebak dan dilema.




