Assalammualaikum min, tlg hide profile saya..arini kes saya di mahkamah dgn bekas suami. Ape yang bole saya katekan die tidak bersetuju dengan tuntutan nafkah anaknye sebanyak rm300 sebulan Dan rm100 setiap setahun sekali menjelang Hari Raya. Kami bercerai dah dekat 2 tahun. tapi sejak die dah sah berkahwin beberapa bulan dengan isteri baru duit elaun isteri yang saya dapat dulu dah bertukar ke akaun isteri barunye. Saya tak kisahlah min tapi anak saya dengan bekas suami ade seorang sahaja.
Apabila dekat 10 bulan tak bayar nafkah yang telah di persetujui di majlis sulh mahkamah rendah syariah dulu, sekarang di hadapan hakim bekas suami menyatakan gaji bersih tinggal hanya beberapa ratus sahaja. jadi Hakim mencadangkan pihak die membela diri Dan kes ditangguh. Saya tahu die memang banyak hutang kerana suke buat hutang, tiap Kali gaji Naik die akan buat hutang dan payslip die pun mmg ‘cantik’ la min. Jadi kalo nak ikot payslip die tu min sampai bile die nak mampu byr nafkah anak die? Bekas suami dah bekeluarga sebablm die ceraikan saya die dh ade yang bini die skrg tu min, saya di ceraikan sebab tak bg kunci kete dah brp ari tak balik umah.
Ari jumaat jam 3 di ceraikan dengan talak 1. TAK nak cite lain sebab saya dah redha Dan maafkan die. cume pasal tuntutan nafkah anak perempuan saya yang seorang ini sahaja. Sanggup ke seorang bapa menolak Dan menafikan hak anaknye dengan alasan tidak mampu? rm1 pun tak ade min.. Walau ape pun keputusan yang akan berlaku selepas ini berjaya atau tidak untuk saya menuntut hak nafkah anak saya, saya redha. Saya taknk nanti di akhirat kelak saya di soal kerana membiarkan hak anak saya..saya dah cube sedaya upaya saya..saya tetap akan membesarkan anak saya walau susah mcm mane sekalipun. Kepada ibu tunggal di luar Sana, tuntutlah ape yang bole di tuntut..kalo dapat alhamdulillah kalo takdpt jumpe sahaja di padang masyar. Sekian min.