Hi min.. mlm2 macam ni aku terlayan perasaan sedih plak.. aku just nak share ckit pasal diri aku. Aku seorang wanita yang ditinggalkan si suami awal tahun lepas.. 3 bulan slpas d tinggalkan aku melahirkan anak ke 3. Aku redha.. skrg aku dengan anak2 aku tinggal dgn family. Family aku adalah mak aku.. hanya kami berdua je, min. Dia banyak bantu aku..jaga anak2 n financially pun dia tanggung kami anak beranak. Apa aku nak share skrg ni pasal aku n anak2.. aku skrg ni sangat cepat marah. anak2 aku aku pukul, aku tampar, aku sepak, aku pijak perut dia dgn kaki kalu marah.
Anak2 aku nakal, min.. mainan penuh rumah, rumah sepah takpyh ckp la.. blum bdak2 tu main lari2 dlm rumah, lompat2 atas sofa, panjat pagar, panjat tingkap.. aku stress n Mak aku pun stress tgk.. kdg2 mak aku kalu bising aku terasa sangat sebab dia ungkitkan aku kawin laki takguna dpt anak2 benih keturunan laki tak guna. Selalu jugak dia marah anak aku no 2 tu “kau malas / bod0h macam bapak kau”.. bila aku dgr macam tu aku pun pkul la dia. aku goncang2 kepala dia, pukul kepala dia..aku marah sangat smpai takpikir!! taktau macam mana nak ex plain keadaan amarah aku ketika macam tu.
Anak aku yang baby tu aku selalu biarkan je dia nangis kalau aku dah penat sangat aku tak pedulikan dia walau nak dukung dia aku takmau..mak aku la yang layan dia last2.. Anak perempuan aku yang sulung aku salu tampar dan tarik rambut dia sebab dia lembap kat sekolah. aku kata jangan bod0 macam bapak kau yang tak sekolah tinggi. tapi bila mereka smua tengah tdo macam skrg aku sedar..aku nangis belai2 mereka. taktau lah apa nasib aku n anak2 aku macam nie.. aku sedia terima nasihat n kecaman bawang rangers dlm nie. thank u in advance.




