Salam min.. Memula sekali pls hide profile ak ye.. Assalamualikum semua.. Aku terpanggil disini untuk memberi maklum balas pasal bini curi duit laki.
Sedikit la pengalaman aku, Dulu laki kedekut. Ajer dia yang shopping grocery. Lain ak mintak lain dapat. Dia begitu mengira setiap sen yang dikeluarkan. Bila shopping sesama, aku letak shampoo aku ke, tissue basah.. Apa²ajelah yg bukan kegunaan rumah tp utk kegunaan ak.. Mesti dia bising masa kat counter… Malu ak min.. Dia takda bagi nafkah monthly. Baju raya pon tengok income kalau ada, ada. Kalau takda, nganga la ak… Dia bg peruntukan setiap anak.. Termasuk ak… Pon tK cukup… So selalunya bahagian ak, mesti burn kat anak².. Takpelah ak ok je.. Ak pon ada duit sendiri… No hal… Ak redha aje..
Laki ak ni bisnes min. So duit dia boleh tahan tebal. Jadinya disebabkan payah beno dia nak menyumbang, ak rembat duit dia… Hehehe.. Kumpul² nak buat bayo rodtax… Family car memang ak bayar bulan.. Servis.. Time nak bayo rodtax tu ak kusut sikit.. Penah mintak hubby tolong.. Tapi dia buat tak kesah aje.. Renew hujung tahun .. So kalau ada lebih g berjalan. Konon ak bayo semua. Walhal duit dia… Kalau tak, asiklah g zoo.. Takdanya la nak berjalan jauh²…
Ak amek duit bukan saja²… Mesti bersebab.. Ak bisnes ada up n down… Ada kala perlu jugak duit terdesak.. Mintak tolong laki tak penah dpt… Ada sekali ak dah gerammmm sgt ak cakap kat dia.. Lama jugak la ak bertahan dengan kedekut dia tu.. Ak tersebut.. “berkira dengan bini, sempit la rezeki mu nanti”.. Nak jadi cite memang dia down tahun tu… Teruk betul… Drop abes… Ak nasihat banyak².. Jgn berkira.. Kita ni bini duit ada je perlunya.. Alhamdullilah. Slowly graf meningkat.
So kesimpulannya, kalau bini cukup makan pakai, apa nak semua dapat, takdanya la nak bukak wallet laki tu… Nak g keje, minyak dah full tank.. Ada duit dalam dashboard rm10 buat lunch katanya… Balik keje nak masak semua bahan lengkap… Bini pon happy je nak masak… Weekend laki ajak jenjalan, makan luar, window shopping… Nampak menda comel sikit tanya bini, “sayang nak tak”… Bini pon rasanya kalau tak perlu sgt dia pon taknak… Kalau dah gini gayanya kehidupan suami dah isteri ak rasa takda nye la bini nak amek duit laki…
Mesti keadaan terdesak, sampai memaksa bini mencuri.. Bini pon janganlah meminta sesuatu diluar kemampuan. Laki mampu beli bawal batu rm10, jgn ko mintak yg 50ribu tu… Beli la apa pon mengikut kemampuan dia.. Bila beli tu sebut dalam hati “Ya Allah, ni duit suami ak. Engkau rahmati dan berkatilah dia. Luas kan rezeki dia”. Akhir kata,
kejadian Adam dan Hawa adalah untuk saling melengkapi… Sebab tu jodoh tercipta dari tulang rusuk.. Bukan berada di bawah utk dipijak, bukan juga berada di atas utk memijak.. Ianya berada dia tengah²… Untuk dilindungi, dikasihi dan dilayan dengan baik… Suami² tolonglah fahami isteri… Layan kehendak dia dengan berpada-pada. Takda isteri nak cari pasal kalau segala kelengkapan suami dah sediakan. Sama² perbaiki diri. Tata.




