Salam. Admin hide identiti aku. Salam ramadhan untuk semua, aku nak story tentng ZURIAT. Aku down sangat malam ni. Sangat2 down.. Mungkin masalah aku simple bg sesetengh orng tapi bg aku tak.
Aku dah 8 tahun mendirikan rumah tangga dengan wife aku. Alhamdulillah selama 8 tahun aku sangat bahagia. Aku kerja kerja di luar negara, so aku bawa wife aku stay dengan aku sekali, kami perantuan lah kiranya.. Kmi bahagia dengan kawan2 dengan jiran tetangga dan persekitaran kami sangat aman.
Alhamdulillah aku juga dah ada rumah, kereta (mudahkan pergerakkan bila di malaysia) n aku dan isteri pengumpul tegar emas perhiasan. Sekali balik malaysia kami akan borong emas 10-15k untuk simpanan peribadi. Of couse bg belanja kat mak dan mertua aku sekali time beli emas, tu mesti lah.. Aku selalu tak cakap kat isteri aku.. Orng lain duit habis untuk belanja anak kita habis untuk beli emas… Nanti dah ada anak kita, kita bole lah jdkan emas ni modal buat belanja anak kita plak, mcm pusingan modal… (maaf klu mindset aku bg ni salah tapi bukan nak riak just nak sharing life aku)
Cuma aku sangat down tiap kali nak balik Malaysia nak2 time raya, , baik balik belah wife aku ataupon belah aku sendiri, bila balik bercuti bersama keluarga terdekat adik abg kakak mak ayah tu aku okey… Tapi Biler mana masuk sepupu sepapat makcik pakcik, aku jd sangat takot dan strsss fikirkannya. Aku dan isteri belum ada rezeki punyai zuriat sendiri… Aku selalu dibelenggu soalan2 ni… Bukan kerja aku isteri nak tentukan bila akan ada zuriat bukan pilihan aku dan isteri nak lambat2 kan hal zuriat..
Sapa kawin taknak zuriat? Aku jadi tak tahu nak jawab apa, Aku jadi malu dan rasa tak berguna bile tiap kali aku balik orang akan persoalkan hal ini dan kalau zuriat bole di beli di pasar pilih mana jenis kau nak senang cerita… Bukan seorng 10 sekali aku snggup… Tapi tu semua kerja Allah… Aku merancang berusaha dan berserah selurhnya… Kadang2 aku takpaham mereka2 ni walaupon sedara sendiri…
Pernah tahun ke 3 kami suami isteri balik beraya, sedang ramai2 bersapa mesra ada sorng bapa saudara ni halau isteri aku supaya bg ruang tempat duduk kpada dia dengan alasan isteri aku tak mengandung jd bg orng tua yang duduk situ. Like seriussss bebbbb. Mana adab dan bahasa kau sebagai orng tua…. Ada tu pulak, sempat berbisik pada terlinga aku dia cakap “u have to be more strong beb”.. Kuat sikitt”,… WWWWwhattt…. Aku taktahu nak kata apa.. Wife aku sangat sedih… Aku paham tu… Tapi biasalah mulut2 yang acah2 nak meriah dihari raya konon2 bole rapatkan silaturahim walhal mengundang kebencian aku pada keluarga….
Nasihat aku, pada semua makcik2 bawang pakcik2 yang pembaca tegar grop nie… Plsss kempen lah kat saudara mana kalian, educate mereka agar, raya ni jangan sentuh soal anak kpada yang belom ada rezeki mereka… Hari ni u rasa bangga ada anak besar cantik cute pandai semua.. Tapi one day u kena ingat keturunan u belom habiss… Bole jd anak u akan kena tempias apa u kata dekat orng before…. Its karma..
Benda bole doa yang baik2 buat apa nak nampak yang kekurangan tersebut,… Lebih manis jika mendoakan. “insyalllah ada rezeki nanti tu.” see kan lebih manis… Ada pekerti dan empatynya disitu…
Aku tahun ni buntu sebab family aku baik keluaga mertua dan keluarga sendiri semua ipar duai mengandung… Aku dan isteri masih belom punya rezeki… Mak aku plak nak buat kenduri besar2an raya ni.. N invited all the family mambers… Aku rasa downnn sangat… Aku taksnggup nak tengok wife aku sedih lg…
TAKkanlah smpai aku nak cerita kpada orng apa yang kami dah usahakan ikhtiarkan jmpa pakar itu pakar ini, herb sana sini, berurut bagai semua dah cuba… TAKkan nak buka pekong didada yang isteri aku tiap kali dtng bulan akan kecewa… Aku percaya aku yakin Allah kata belum rezeki kami itu je… Wahai warga KRT, aku mohon berkat bulan Ramadhan Ini , doa doakan aku dan isteri, serta semua sahabat2 kita yang senasib dengan aku ni, di kurniakan rezeki zuriat kpada kami, segera,.. Moga2 berkat doa2 kalian, yang medoakan saudaranya tanpa pengatahuan kmi itu, akan dimakbulkan RabbulIzzati… Aminn.. SEKIAN