Salam admin, mohon hide profile aku. Susah nak olahkan situasi aku. harap ada yang faham dan boleh bagi pendapat atau semangat pada aku. Aku ibu 2 orang anak dan sekarang sarat hamil anak ke3..
Kisah cerita ni bermula lepas suami aku diberhentikn keja lepas syarikatnya bankrap. Duit simpanan makin susut, suami blom dapat2 kerja. Jadi suami buat pilihan go back uma parents dia. suami bawa aku je..anak 2 orang tinggal. Jadi bermulala kisah aku dirumah mentua..
Bayangkan. Rumah mil tak ade bilik extra, aku dan suami tido didepan tv. rumah ada 3 kel@min means ipar2 n anak2 dia. Setiap hari aku tidur lambat sebab yela depan tv berlonggok tengok drama. naik pening kepala aku tahan mata.. Pagi pulak biasa lepas subuh aku lelap tapi kali ni tak bole nak lelap. perasaan rasa segan dekat mil membuak2. siang tenghri hingga ke malam aku layan mata tak cukup tidur. Cerita pasal mil plak, dia jenis 24 jam jee kat dapur. aku kemas depan basuh baju dia tak siap lagi kat dapur.
Aku ni jadi serba salah, aku pergi dapur nak tolong masak, dia pulak jenis tak bole campur tangzn bab masak, jadi aku serba salah.. apa keje aku nak buat ni? 2 minggu juga lah aku tahan emosi aku, pagi2 biasa aku bangun dekat uma mak aku apa aku nak makan sarapan aku buat, aku teringin nak makan tu aku masak, tapi bila dekat uma mil dengan aku tak ade simpanan lagi aku tahan lapar perut aku nak makan apa.. hari2 aku hadap nasi putih sambal tumis..
Bila megadu dekat laki aku, laki aku bole buat apa, dia pon bru kerja, dia pon hadap makanan yang sama kadang pergi keja bawak bekal tu. aku rasa tak sedap duduk sini lama2 sebab aku tak berduit nak beli lauk, dengan kerja rumah apa aku nak buat aku tak tau. dengan mil 24jam kat dapur. aku jadi macam orang asing. aku nak buat air manis dekat dapur pun segan pakai gula rumah tu..
Ni second maried aku. first maried aku ex mil aku bole je aku bergurau senda bergusti dekat dapur walaupun penah rasa lagi susah dari ni dengan bawak anak2 yang kecil masatu. Bapak mentua aku plak jangan cakap la dengan aku langsung tak ade suara tapi bila ipar lain balik bersuara gurau2 pula.. aku jadi tak ade geng.. rasa macam nak ikut je suami pergi keje.. nak balik uma mak aku suami suruh ikut dia, kang tak ikut cakap tak dengar arahan suami..
Macam mana nak biasakn duduk uma mil ek? Tak kan kene 24iam duduk dapur jugak..? Dekat rumah mentua memang tak boleh rest ke even 1atau 2 jam?
Dapat makan tu pon pagi sebelum suami pergi kerja dan suami balik kerja jam 11 malam. Sampai aku tak tahan sangat aku terlawan suami cakap pasal susah, yelaa aku nak makan ni tak dapat nak minum ni tak dapat.. nk beli ice cream lonceng pon aku takut sbb jenis mil aku tak bagi anak2 dia membeli2..
Sebab aku pernah kene sound seblom ni datang kejap uma dia teringin nak makan homemade delivery dia cakap kat laki aku aku ni jenis membzir beli itu ini. mil pula jenus makan simpan2. tinggal secubit lauk tu selagi bole simpan makan mkan wlaupun 2 hari punya lauk.. kang aku buang cakap belakang pula. Kecik hati aku. Aku cuba juga ambil hati dia, ajak dia bual. sepatah aku tanya sepatah dia tanya..
Azab betul aku rasa. hari2 menangis sorang2 tak nak situasi ni, aku sedih bukan sebab diri aku, sebab anak dalam perut aku. macam mana dia dalam perut aku? cukup makan tak? cukup khasiat tak? Aku dapat rasakan bila aku penat letih semacam mesti anak aku tak ckup zat.. Doakan lah baby dalam perut aku ni sihat2 smpai dia keluar dan harap aku kuatlah semangat dengan dugaan macam nii. Insyallah.. tq admin..




