Admin tlagi hidekn profile aku, Salam semua warga KRT, aku dah berkahwin hampir 7 tahun. Anak ada 2 orang.. Ceritanya macam ni, Tahun 2010 :aku kenal seorg perempuan keja memang bagus.. Kerja misi.. Masa ni aku bujang lagi.. Tahun 2013 : aku kahwin dengan isteri aku sekarang ni.. Masa tu perempuan tu takda muncul langsung lagi dalam hidup aku..
Tahun 2017: Aku dah ada anak 2 perempuan tu sibuk muncul balik dalam hidup aku dan cuba tarik perhatian aku sampai la aku dah terjatuh hati kat dia sebab lembut dan caring sangat.. Perempuan tu tak kahwin lagi walaupun usia dah nak ke 4 series.. Dengan kehadiran Perempuan tu buat aku selalu gaduh dengan isteri aku smpai la aku tak mengaku isteri aku mengandungkan anak aku… Berdosa sungguh aku ni..
Lama kelamaan aku mula sedar yang perempuan ni saja nak guna2kan aku.. Nak isi masa lapang dia yang ketandusan kasih sayang… Rupa2nya dah ramai lelaki dia buat mcm tu.. Tarik perhatian lepas tu permainakan perasaan org smpai punah rumahtangga org. Sekarang ni aku nak tanya apa yang boleh aku buat nak pujuk balik isteri aku? Aku tahu dia dah banyak bersedih dengan sikap aku yang ego dan panas baran..
Dia dah banyak menangis sebab aku.. Dia banyak kecil hati dengan aku.. Apa patut aku buat? Dengan perempuan jahan*m tu pula macam mana aku nak kenakan dia balik? Suka2 porak perandakan rumahtangga orang lepas tu blah macam tu ja… Aku taknak kehilangan isteri dan anak2 aku.




