salam admin.. mintak hide profile. tq.
aku nak mntak pendapat orang ramai.. aku dah macam orang gila yang aku rasa one day aku blh smpai tahap bunh diri. aku dah berkawen hampir dua tahun. famili aku dan famili mertua , orang utara. aku bekerja di selatan. dan suami bekerja di utara. hampir dua tahun kawen, aku takpenah layan suami macam sorang suami.. kami jugak tidak tdo bersama. macam2 alasan aku bg utk elak kami bersama. aku takboleh paksa diri aku. aku takda rasa dekat suami aku. since sblom akad nikah, mmg aku taknak kawen, tapi mak aku ckp smua jmputan dah pgl. malu kluarga. jd aku korbanakan diri aku utk semua orang. aku beranggapan aku boleh cuba cari rasa kasih sayang balik .. tapi dua tahun ni, nothing.. aku semakin serabut.
Nak dijadikan cerita, sebelom aku kawen , aku memang rapat dengan sorang laki kat tempat kerja aku. perasaan kasih sayang aku semua ada dekat laki ni. sekecik2 benda gaduh sekali pun, mood aku akan spoil 360% . sdgkan kalau gaduh dengan suami aku, aku takda rasa apa2. si lelaki ni dah btunang dengan ex gf dia baru2 ni. hati aku remuk sgt. dia penah ckp dekat aku “ kita dah tlmbt utk patah balik. dlu jual mahal.. kita kena pkir ramai pihak yang kecewa nnt kalau kita ambik kputusan kita dua ja”aku macam nak bgtau semua dekat tunang dia , yang selama ni laki ni byk menipu dia.
Aku paham min. tapi aku takblh terima situasi ni.. hari2 aku nangis.. aku rasa down.. aku rasa mental aku totally penat. smpai satu tahap aku rasa aku nak lari dr smua orang.
Aku nak tntut cerai dengan suami aku. tapi patut kah jalan tu aku pilih? aku taktahu aku boleh hadap ke tak dengan status janda. makan minum laki bujang ni semua aku jaga. even pkul 12 malam pun, dia ckp lapar, aku akan kluar pegi beli makan n antar min. aku bodo ke min? jd kuli dia? ke aku sayang dia smpai aku snggup buat apa saja? aku rasa hidup aku huru hara. complicated. aku taktahu jalan mana aku perlu pilih. aku happy dengan laki tu. aku takhappy dengan suami aku sndri. hidup aku jd fake bila ada dengan suami. apa perlu aku buat sebenarnya?




