Assalamualaikum admin. Mohon share dan hide kisah saya ya. “Ok cerita nya bermula, selepas saya kahwin, mak izinkan saya dan isteri berdua duduk di rumah keluarga kami. Mak duduk dengan Kakak. So selama tu kami happy sangat. Tiba-tiba mak berkecil hati dengan Kakak tersebut dan minta saya ambil dia dari rumah kakak. Mak dan adik kemudian duduk dirumah saya dan isteri (rumah mak). Selama tu bahagia je. Sampai suatu masa, isteri pun bersalin. Dan selama isteri berpantang mak dan adik la tolong tengok-2 kan isteri saya.
Lepas tamat tempoh pantang saya tak bagi isteri bekerja sebenarnya. Sebab tak nak susahkan mak jaga anak saya. Kemudian ada 1 hari tu, adik saya ajak wife saya teman dia untuk cari kerja. Tiba-2 malam saya balik. Wife cakap dia nak kerja, sebab adik kata takpe dia boleh tengokkan anak kami. Mak pun bagi dorongan untuk isteri bekerja. Saya pun masa tu baru kahwin, dapat rezeki anak, saya pun tak mampu sara kehidupan kami sangat, saya kerja pagi, petang balik sambung buat grab, isteri pula bekerja da. So start dari itu, suasana happy tu jadi berubah. Yelah bila kita dah berkahwin, bawa isteri duduk dengan mak pula. Kadang-2 kita pasangan baru kahwin ada kekurangan. Ada selisih faham, ada kekangan masa kami. So disitu mungkin buat mak rasa tak selesa. Mungkin sebab kami suami isteri sibuk kerja hingga lupa fokus menjaga dia. Kami akui itu silap kami.
Tapi ada pula adik saya yang boleh diibarat mencucuk mak saya supaya mak saya marahkan saya dan isteri. Dan selama mak duduk dengan kami, krisis mak dengan kakak. saya cuba nak berbaik kan mereka. Selalu juga dia datang rumah mak untuk berbaik dengan mak. But suatu hari, mungkin mak terlalu berkecil hati, mak buat decision untuk balik ke rumah kakak tu balik. Kakak ambil mak bawa ke rumah dia. Start waktu tu, saya hantar wife balik kampung, ya saya tak nak situasi jadi renggang lagi antara mak dan wife. Tapi sebelum hantar wife ke kampung, kami ada jumpa mak dan minta maaf di rumah kakak. Lepas dari tu, saya mula nak ambil “tempoh” supaya kami suami isteri boleh berbaik dengan mak.
BUT worse come happen Adik dan kakak mula menyindir2 isteri dan saya di fb Kata saya ibarat anak derhaka lebihkan isteri dari mak mengata isteri saya hantaran tinggi tapi tak reti jaga suami makan pakai suami, sedangkan selama isteri ni, elok je isteri sediakan semua. Di mata mak, mereka menambah2 lagi supaya saya dan isteri tak boleh berbaik dengan mak. Adik beradik lain yang cuba nak tolong saya dan mak berbaik pun, dikata macam-2. Kata kami suami isteri berlakon nak nampak baik, sampai sanggup burukkan darah daging sendiri. Apa yang buat saya terkilan, selama mak berkecil hati dengan kakak tu, tak pernah pun saya larang dia jumpa mak untuk berbaik. Tapi bila turn kena pada saya, dia dan adik sanggup masuk campur untuk memisahkan lagi saya dan wife, bukan nak bagi kami berbaik. Apa perasaan korang semua kalau benda ni jadi kat korang?… Salam Ramadhan




