hai krt semua. Nak tanya ni. Apa nak buat kalau kita dah takde perasaan kat suami sendiri?. Dah kahwin lebih 10 tahun. Adalah sebab-sebabnya dah takde perasaan tu. Sekarang ni asyik teringat kat boyfriend jer. Tapi boyfriend ni suami orang. Baru jer putus 2-3 hari lepas dengan boyfriend. Masalahnya sekarang ialah asyik teringat kat dia jer bukan teringat kat husband sendiri.
Soalan dia ialah apa yang harus dibuat? Hi warga KRT. Saya yang sambungan dah kahwin 10 tahun tapi suka kat suami orang tu. Saya terbaca komen. Ramai yang komen maki-maki. Bila saya tengok profile yang maki-maki tu kesian saya tengok muka dengan mulut sama tak berapa cantik. Saya 10x cantik dari yang duk maki maki tu. Saya tak maki tapi bagitahu kenapa nak maki-maki.
Saya malas nak bagitahu kenapa saya dah takde perasaan kat husband sebab tak nak aibkan husband. Tapi sebab ramai sangat maki saya bagitahu jerk laaa. Saya dah kahwin 10 tahun anak sorang. Husband saya suka dan pernah seleweng dengan perempuan lain dan tak beri saya nafkah zahir dan batin. Tapi saya sabar sahaja. Saya suruh husband saya kahwin sahaja dengan skandal dia tapi dia taknak. Suami saya kaya sesangat tapi dia ada 2 perempuan simpanan. Dia selalu terlanjur dengan perempuan simpanan dia walaupon saya masih muda dan cantik.
Ada dekat komen tanya saya dah terlanjur kah dengan boyfriend saya? Kami cuma pernah berjumpa sahaja sumpah tak pernah terlanjur Sebab saya tahu saya dah buat salah sama macam husband saya lah terus saya putuskan sahaja hubungan dengan boyfriend saya tu. Saya dah tak hubungi dia. Saya cuma teringatkan dia sahaja.
Yang mana dah maki saya tu saya dah maafkan. Tapi saya harap yang jenis suka maki tanpa tahu hal sebenar tu saya harap dia insaflah. Yang suruh saya bun*h diri pun sama lah juga. Saya kesian tengok rakyat malaysia yang mudah sangat menghukum orang lain. Orang tengah sedih ditambahnya sedih orang lain. Saya harap orang yang suka maki-maki tu nanti diuji pula macam saya.
Banyak juga anak dara komen nak suami saya sebab ingat suami saya baik. Nanti saya suruh suami saya PM perempuan-perempuan yang berkenan sangat kat suami saya tu. Sebenarnya suami saya memang baik selalu tiap-tiap bulan beri saya 20K untuk belanja. Tapi tak pernah berikan saya nafkah batin sebab dia seronok bertukar-tukar perempuan simpanan. Saya patut berceraikah?