Assalamualaikum admin..rasanye dah lama sangat aku memendam kali nie aku kalah min..aku kalah..aku sedih sebab kenapalah Bahagia tu tak tercipta untuk aku dari dulu smpailah disaat sekarang aku tak rasa pun bahagia yang berpanjangan tu. macam ni dalam hidupku hanya 2 kali je yang aku betul2 bahagia iaitu pada hari konvokesynku pada tahun 2014 dan pada hari pertama aku menatap anugerah Allah yang aku sendiri lahirkan pada thun 2017.
Ya Allah…aku brsyukur dengan semua takdir hidupku tapi kenapa min… kenapa susah sangat bahagia tu nak masuk dalam hidupku nie.. suamiku baik.. tak pernah memukulku… nafkah zahir semua cukup.. dia juga anak yang baik.. dia ade abang kembar seiras wajah tapi hentahlah min.. banyak kali kami gaduh disebabkn abang kembarnye laki bini. suamiku selalu membandingkan ku dengan bini abang kembarnye. katanye bini abangnye sanggup untuk duduk bersama mertua sekiranye abangnye susah sedangkn aku tak boleh nak duduk ngan mertua.
min? kau tau aku pernah bersembang dengan bini abang dia pasal nak stay umah mertua dia boleh cakap macam2 lagi yang dia tak suka duk umah mertua. dan bila aku cakap mak mertua kan baik dia boleh cakap ‘mak orang tetapi mak orang tak kan sama dengan mak sendiri.. cukuplah 3 bulan duk sana..’ itu ke cara yang betol2 kau sanggup duduk dengan mertua? dari aku yang memang sah2 aku tak nak duduk dengan mertua sebab aku tahu diri aku macam mana.. aku syang mertua aku min.. sebab aku sayang laa aku tak nak duduk srkali dengan diorang..
Aku tak nak diorang terasa hati.. sakit hati.. terguris hati seandainye aku tak mampu kawal perangaiku yang ade masa badmood… yang ade masa cepat sangat trasa hati.. ye.. itulah satu sebab kenapa aku kalau boleh tak nak duk dengan mertua.. terpulang laa orang nak cakap ape.. aku tahu aku bukan menantu kesyangan tapi atleast aku tak berpura2..
berbalik cerita abang kembarnye… Abang kembaran suamiku nie jenis yang dari awal lagi sukakan aku dalam diam nak di jadikan petanda aku tahu dia sukakan aku apabila satu beg pakaianaku hilang dari kereta pada malam majlis hantar menantu aku.. kau tau min dia buat ape dengan baju aku tu? dia main sorang2 dengan baju2 aku..dia sendiri mengaku pada suami aku adik kembarnye nie yang dia curi baju aku sebab tak tahan dengan aku.
bila aku dalam berpantang melahirkan anak ku yang prtama suamiku hantar ke rumah mak ayah aku untuk tempoh berpantang dalam masa tulah suami aku beritahu aku sendiri yang baju2 aku yang hilang tu abang dia yang ambik sebab dia sukakan aku.. suami aku pancing dia untuk cakap semua nye tentang aku.. dia cakap dia selalu bayangkan aku disaat dia bersama dengan bininye.. dia curi gambar2 aku dalam hdfon suami aku untuk dibuat modal syok sendiri.. dan dia akan pastikan dia akan dapat kan aku..
banyak kali dia pancing laki aku min untuk dapatkan gambar2 aku.. skali tu ade laa dia pancing dengan video time dia bersama bininye dengan bermacam skill untuk buat laki aku ghirah min. dengan syarat dia dapat ambik gambar2 aku lagi dalam fon suami aku. paling yang buat aku rasa sedih time aku dalam berpantang dia buat laki aku gitu.. kadang aku rasa sedih min sebab aku dalam keadaan tak boleh lagi melayani suami time tu.. yang aku peliknye bini abang kembar dia tu tahu je apa yang laki dia buat.. macam curi baju aku…curi pic aku dan dia tak macam tak kisah asalkan suami dia puas…
Ya allah… dah lama dah rasanye aku memendam.. suamiku melarang untuk bercerita kpada sesiapa sebab dia memang sayangkan abang kembarnye tu. pernah sekali time kami balik rumah mertua.. abang dia pinjam kereta suami aku dan kunci rumah memang slalu dalam kereta kami.. dia boleh masuk dalam rumah kami tanpa pengetahuan kami dan yang paling buat aku geramnye dia boleh main sendiri sorang2 dalam bilik aku.. atas katil kami suami isteri smbil baju yang dah aku pakai dihidu2 untuk dijadikan modal untuk dia main.
kau tahu apa yang aku rasa time tu.. aku rasa nak je pegi bnuh 2 beradik tu dan lari sejauhnye dengan anak aku biar smuanye lenyap dalam hidup nie.. laki aku terlalu sayang kat abang kembar dia sampaikan apa yang aku cakap semua salah.. apa yang abang dia nasihatkan semua betul. malam nie kami gaduh min… kami gaduh sebab aku larang suami aku bagi pinjam ic dan lesen kereta dia kat abang dia disebabkn lesen abang dia dah tamat tarikh dan esok dia nak bawak bini dia berjalan ke cameron highland.
Aku marah sebab bagi aku abang dia tu tak fikir ke yang adik kembar dia nie nak pagi keje esok macam mana dengan lesen tak de.. dan dengan ic yang diorang saling bertukar.. kau rasa wajar ke kalau aku mengamuk untuk melarang dia bagi pinjam. lagipun berapa sangatlah duit nak renew lesen tu daripada perlu dipinjam.. tapi nak buat macam mana nasiblah kau orang kembar seiras.. hentahlah min…. apa yang aku nasihatkan semuanye dia tak nampak.. apa yang abang dia cakap semua dia ikot.. dia selalu larang aku bercerita masalah rumahtangga kami pada sesiapa biarpun bff aku sendiri maka sebab tulah min aku rasa makin lama aku dah tak dapat tahan dah..
Aku rasa macam nak gila dah dengan smua nie.. aku tak bahagia min.. aku tak bahagia dengan hidup aku sekarang… suami ape kalau maruah isteri sndiri tak mampu nak jaga. suami apa kalau bini sndiri pun dibandingkan dengan bini orang lain.! perkahwinan nie cuma di awal je manis padaku. tapi lepas aku bersalin semua tu tak semanis dulu.. aku bersalin dan bertarung nyawa dia tak hargai.. katanye ‘alah..orang lain pun sakit yang sama jugak’. Lepas dari tulah hati aku dah mula rentung.. Kehadiran sikecillah tempat aku dapat bercerita. Biarpun yang dia balas cuma pandangan kecil yang masih belum memehami jerih perih ibunye ini
..tiap kali aku solat mesti dia tak kan kacau walaupun dia baru umur 1 tahun 4 bulan.. dia msti akan peluk aku tiap kali aku menangis lepas doa… hanya dialah penyeri hidupku.. maaf admin.. cerita aku panjang sangat.. dan ayat berterabur.. aku tak nak apa2 min.. aku cuma nak meluahkan dan tak pernah pun terniat mmbuka aib..




