Assalammualaikum min tlg hide kn profile aku min. Aku sedih sangat2 dengan hinaan orang. Disini aku luahkan aku harap kawan2 dapat memberi aku nasihat dan pendapat. Aku pernah berkahwin dengan seorng lelaki sekampung dengan aku. Dan kami ada seorng anak. Kerana anak aku meninggal diatas kecuaian dia lah aku bercerai. Kemudian aku kenal dgn seorang lelaki.. Lelaki ni suami orang aku gelarkan dia S. Dia beza 19 tahun dari aku. Die seorng lelaki yang bertanggungjawab. Banyak membantu aku.
Kami ambil kputusan untuk berkahwin di sempadan akhirnya isterinya dapat hidu dan Isterinya setiap hari meminta cerai akhirnya aku yang undur diri demi Anak2nya. Masa aku kawen dgn S kami ada anak angkat kami yang sama2 sanggup untuk ambil dn jaga. Bila dh cerai anak tersebut dijagai oleh aku. Tapi tiada peruntukkan untuk anak tersebut. Aku lah yang usaha untuk tanggung semuanya. Tadi aku cuba telefon S aku cuma nak beri gambar anak aku dn aku beritahu anak aku selalu tanya S. Sampai hati S janji nak jumpa dia disekolah tapi tak dtg.
Kemudian S nak jumpa aku dn beri anak aku sikit duit belanja untuknya. Tapi nasib tak baik isterinya dapat hidu. Mgkin call aku divert ke no bininya. Kalau nak tahu.. Kifarah Allah S dah berkahwin lagi 1. Sekarang dah ada dua isteri. Dengan aku dlu isteri pertamanya tak terima aku sebab aku miskin. TAKde harta. Dia fkir aku nak bolot harta suaminya. Isteri yang kedua ni berharta.. Jadi dia tak risau. Sampai hati kn.. Kerana harta manusia sggup pisahkan aku.
Skrg ni isteri kedua dia meroyan.. Fitnah aku guna ilmu hitam tundukkan lelaki.. Allahuakbar.. Aku tak kaya mana.. Guna pon keta buruk. Rumah pon PPR. Brg kemas pon takde. Nak guna ilmu hitam baik aku gunakan pada lelaki yang kaya raya. Dh senang idop aku skrg dn takperlu aku bkerja.. Aku ingat segala msg hinaan dn fitnahnya pada aku. Sampai mati pon aku takmaafkan. Jika kau nak tahu wahai perempuan setelah aku cerai yang pertama untuk berkawen dgn si S aku telah mnjanda 5 tahun..
Dia lah suami kedua aku..aku sggup berundur demi Anak2 dn isterinya. Tapi kini kau pulak sggup merampas dn menggunakan kalimah Allah seperti kau seorng bidadari syurga. Dan kau fitnah aku menggunakan ilmu hitam. Betapa jahatnya kata2 kau. Tak guna kau pergi umrah.. Jika kau sggup fitnah aku tanpa bukti. Tak ape Allah tak tidur. Hari ini adalah hari kemenangan kau untuk berkata2. Hari aku InshaAllah.. Allah akan balas sgala kata2 hinaan kau pd aku. Yang penting sampai hujung nyawa aku.. Aku tak akan maafkan fitnah hinaan kau itu.




