Salam semua. Tujuan saya nak mintak pendapat seluruh warga krt. Dan Tujuan saya bukanlah untuk mengaibkan suami saya. Tapi hanya Mohon pandangan secara peribadi semua.. Saya baru berkahwin hampir 2 tahun dan dikurniakan sorang anak prempuan berusia belum 1tahun. Suami saya juga mempunyai 4 orang anak dengan bekas isteri yang tinggal Di negeri berasingan. Dia hanya dpt berjumpa bermesra dengan anaknya bila musim cuti sekolah sahaja.
Saya juga faham perasaan dia terhadap anak2 dia. Sblum saya berkahwin saya janda anak sorang dan anak SULUNG saya ni permpuan jugak baru berusia 5tahun 6bulan. Sblum berkahwin saya ada bgtau Klu tak boleh terima anak saya, macam terima saya, saya tak akan berkahwin tapi dia meyakinakan saya dia sayang budak2 anak saya akan Di layan sama macam anak2 dia.
Lepas kawin kali kedua saya dibenarkan bawa anak saya tinggal bersama kami. Pd mulanya Memang dia penyayang, anak saya boleh dikata kan rapat dengan dia cuma anak saya kecik lg. Dia anggap ayah kandung dia hero Di hati dia. Saya selalu pesan dkt anak saya jangan cerita apa pun tentang ayah kandung cerita dekat ayah kedua nnt ayah kedua kecik hati. Cerita dekat ibu sorang ja… Anak saya faham.. Kesian dia.. Anak saya memahami, dan dah tak sebut lg tentang ayah kandung dia. Cuma kadang dia terlepas cakap biasa lah budak2..
Wlupun berusia 5tahun tapi dia pandai menjaga hati..
Pada awalnya semua OK.lepas tu selalu begaduh dengan suami disebabkan ex nak ambik anak nak jumpa anak ambik anak. Kali pertama saya ambik kputusan untuk tak benarkan ex jumpa anak saya tapi surat mahkamah sayariah (tuntutan hak jagaan anak} sampai untuk kedua kalinya. Saya lawan dibantu oleh suami baru untuk ambik lowyer. Kami fight tapi dpt kata sepakat sama2 tarik kes. Tapi suami saya kurang senang dengan jalinan antara saya, ex dan anak kami. Yalah saya isteri dia, dan saya tak blh dh berhubung. Saya ambik kputusan untuk tidak berhubung lagi dengan ex tapi soal anak saya akn berhubung dengan Bini no 2 dia. Setle…
Tapi baru2 ni suami bagi tau tak sesuai anak saya duduk sekali dengan kami sebab dia bukan mahram. Iman pun tak berapa kuat takut jd benda yang tak spatutnya. Dia mintak saya untuk bg mak saya jaga anak tu supaya senang untuk saya nak p tgok anak saya. Klu bg dkt ex susah sikit nak p tgok anak pd bila2 masa saya suka. Bila suami dh ckp macam tu saya risau keselamatan anak saya. Terus saya hantar rumah mak saya. Skrg apa yang saya fikir anak saya lebih berharga atau rumah tangga lebih berharga. Saya dh penat dengan semua ni. Saya sayang anak saya dh lama saya pertahan hak anak saya. Tapi bila saya dh berkahwin dan ada anak lain patut kah saya tinggai anak saya untuk mak untuk jaga dia.
Hati saya sngat rapuh masa skrg. Wlupun bukan berpisah mati dengan anak tapi saya dah tak boleh urusan dia ke sekolah, mandikan dia, bg dia mkn, masak makan kesukaan dia, dh terbatas dah semua tu.. Kesian dia baru 5tahun tapi dh terima nasib macam ni. Dia kecik lg tapi pandai jaga hati saya dia faham siapa suka dia, dan siapa yang tak suka dia. Macam2 soalan dia Tanya “knpa tak boleh duduk dengan ibu? kenapa kena duduk dengan TOK? kenapa kena tukar SEKOLAH? macam2 lg dia Tanya masa saya nak balik dia nangis dia cakap” ibu nak balik dh.” allahhhuuuu Muka dia kecewa sangat sebab tinggal dia..
Saya peluk dia saya cakap” jangan nangis ibu belum mati lg cuma ibu tak ada disini” saya ckp awak tunggu ibu dkt siini ya wahai anak, ibu akan balik selama2nya dkt awak” dia angguk kepala, menitik air mata dia lg. Saya dukung peluk dia.. Semua nangis Hanya Allah saya yang tau perasan luluh hati saya bagai mana.. Mlm2 pun saya tak dpt nak tidurkan dia tak dpt nak peluk dia. Anak lebih penting atau rumah tangga lebih penting.. Kadang2 saya terfikir patut kah saya bahagia tapi buang anak saya dan lukakan perasaan anak saya..
Patut kah saya tinggai semua dan jaga anak2 saya tanpa suami… Kadang2 rasa nak hidup dengan anak2 saja tapi suami saya baik dengan saya saya faham dia kurang selesa dengan kehadiran anak saya mungkinsikap anak saya tak sama dengan sikap anak2 dia.. Mohon pandangan secara peribadi kalian semua yang berhati2 mulia Di sini




