assalammualaikum. min kalau tak hide profile aku pun takpe aku tak kisah. aku tak taw smpai bila aku bleh sabar dengan bini aku. berckp dengan suami macam cakap dengan anj*ng. kerap sgt kami bergaduh. aku tak pernah curang, dan aku yakin dia pun sama. cuma prangai dia tu buat aku sedih. bila bergaduh, tengking2 maki, hina fizikal aku, sebut aib aku.. yang aku tak bleh terima mak aku kat kampung pun dia maki jugak bila kami bergaduh.
Aku taktaw la smpai bila aku bleh bertahan. bukan tu je, asal gaduh je halau aku keluar rumah, ckp aku hidup menumpang tak sedar diri, siap terajang aku kat ruang tamu tu suruh keluar. tu rumah dia min, dia beli masa kami memula kawen dlu. dah bnyk kali macam ni sebenarnya, setiap masa aku je yang beralah. sebab pikirkan anak2 3 orang. dua orang anak dia dengan bekas suami dlu, sorang anak dengan aku. paling kecil 5 tahun.
Aku syang anak2 sama je semua min. bini aku ni, wlaupun dia terajang aku dia tak pernah nak minta maaf kat aku. tiap kali gaduh aku je yang keluar maaf dri mulut, wlaupun bkn aku yang salah. begitu la smpai hari ni. dlu kami kawen sbb cinta. kada g2 aku rsa tawar hati juga min, tapi aku slalu fikir macam mana dulu susahnya kami nak kawen. aku sgt2 sayangkan dia dan anak2. aku bukan asal orang senang, siang mlm aku keja buat ot utk cukupkan keperluan dia dan anak2. cuma aku rasa tak dihargai.
Keja rumah majoriti aku yang buat. balik keja 10 mlm aku masih bleh mesin baju, sidai, kemas rumah tiap hari, sedangkan dia asik dengan fon saja. kalau tak bergosip dengan kwn2 dia, dia main game. slalu min gitu, aku perati je. bkn aku tak pnah tegur, tp bila tegur pastu mesti gaduh punya. mulut dia memang teruk min. bila gaduh, dia slalu sebut aib aku. aku taktaw smpai bila aku bleh brtahan dengan prangai dia. ntah la min..
Aku bukan tak pnah trpkir nak bercerai, cuma aku kesiankan anak2 time dia sakit aku lah yang jaga min aku ponteng keja lari balik siapkan makan utk dia hidang tepi katil, aku jaga dia elok2. bkn aku minta balasan semua tu min, cuma aku nak dia ckp baik2 dengan aku, n layan aku macam mana aku layan dia. Baru2 ni aku accident patah 3 batang rusuk tapi dia memang jauh sekali nak menjaga aku ditengkingnya lagi ade la semua benda nak salahkan aku je. Aku siap kena halau “kalau sakit sgt pi la duk hospital sana”. dia lupa kot wktu dia sakit macam mna aku layan dia. Aku sedih gila wktu tu min. Tuhan je la yang tahu..
maaflah kalau cerita berterabur..aku tak pndai nak bercerita sgt..sbb tu aku bnyk pendam je dlm hati. terima kasih admin. Jenis orang nak semua dia je betul ni susah. Lambat balik sat je dah tengking2 depan muka kita. Ajak teman takmau, tido je manjang. orang dah pegi bru kalut call ckp nak ikut, yang hg tak bgn wktu aku ckp nak pegi tu apa hal? Pastu nak maki2 aku dpn muka, aku suruh berhenti haram tak dgr, maki aku hina aku n family aku skali
Bila aku cekak suh jauhkn diri dia kata pulak aku ni dayus buat pmpuan, jerit2 suruh aku keluar dri rumah, bila aku dah keluar cakap aku tak peduli kat dia dengan anak pulak, aku dpt mc sbb operate gigi bongsu (bukan cabut gigi biasa ok) dia kata aku ni bila cuti tak bawak dia pi berjln pulak. eh ni pmpuan jenis apa macam ni nak panggil ek? Aku dah lama sangat la sabar dengan prangai bini aku ni…




