Assalamualaikum admin. hide kan profile saya ya. saya cuma ingin luahkan sedikit rasa sedih kecewa dihati. apa jln penyelesaian yang terbaik jika admin berada di tempat saya. Hujung tahun ni genap lah 4 tahun usia perkahwinan saya. suami saya ni nak kata takbaik. baik jugak. dia mmg sukakan budak2. Saya kongsikan cerita dari mula ya. Dulu masa berkawan dengan dia. Semua okay ja. elok jaa. Tapi bila dh berkawin. banyak makan hati dengan dia…
Pada awalnya saya bersangka baik saj tapi lama kelamaan baru saya taw dia ni memang jenis kaki lepak. port dia umh kakak saya dan umh kawan2 dia. bayangkan hari selesai kenduri semua.. saya tgu pkul 10mlm dia tak balik. 11mlm tak balik. 12 mlaam tak balik2 jugak. Sampai lah pukul 4 pg baru dia balik. benda ni berlarutan dari mula kawin smpai lah sekarang. bila saya kol panggil balik dia akan marah saya. katanya dia nak balik lewat sikit pon takblh. hari2 mmg air mata saja peneman saya.
walaupon gaduh saya masih ckp elok2 dengan dia tapi dia akan guna bahasa kasaq dan taksempat saya nak ckp lagi dia akan tinggalkan saya kat bilik mcm tu saja. dan start mtor keluar umh p umh kakak. Untuk pengetahuan semua. Saya stay dengan mak ayah saya. saya anak bongsu. Stay dengan mak ayah sebab sambil2 blh jugak tolong tengok2 kan mak. Dulu sebelum kawin suami saya kerja biasa ja. Lepastu tukar kerja dengan 1 company sebagai kolek lori. dugaannya bila tiap2 bulan gajinya cuma dpt rm150. Paling tinggi dpt pon rm400. sekali tu ja la. ya la. gaji sikit sebab dia selalu p kja lewat. sebab liat nak bangun tdur. dh lepak smpai kul 3pg 4pg. lena 1 jam 2jam ja mna nak ckup. bila saya gerak. dimarahnya saya sebab kacau dia nak tdur. padahal saya gerak sebab taknak dia lewat p kja.
Dan selama tempoh dia kja tu. Saya yang byk keluar duit semua. Ya lahh. Nak byr mcm2 hutang. nak jugak tolong mak settle kan bil api air. nak beli brg dapur lagi. blh dikatakan awal2 perkahwinan tu mmg duit gaji saya takdak langsung untuk diri sendiri. Tak apa. Even saya takdak duit belanja tapi saya seronok kalo saya dpt kurangkan beban suami. Hari2 suami saya balik lewat. Ada sekali tu masa bulan puasa. Selesai buat kuih yang orang tempah. saya bwk anak menakan saya teman saya pergi ronda naik mtor cari di mna suami saya pergi. waktu tu jam 3pg. bila dh p cari. Saya nmpk mtor suami saya tu. dan saya u turn balik dan tgu ditepi jln. taklama kemudian. dia pon lalu dengan kawan baik dia. Dia nmpk saya kat tepi jln tu tapi dia buat taktaw ja. anak menakan pulak tny saya C (suami saya) p mna tuuu. tak nampak ka kita kat sini. sebab nak sedapkan hati saya pon jwb dia p berhenti umh kawan dia sat kot. pastu saya tgu lagi di situ. dengan harapan dia akan p kat saya.. last2 saya dpt panggilan dari suami saya. dengan nada yang tinggi dia bersuara “hahhh.. tak qeti2 balik lagi.?! TAK qeti malu kat orang nihhh…smpai duk p ikut2 orang d umh orang.!!
Saya pon tny dia elok2. abang balik dak lagi. kalo dh balik takpa la. ayang balik. lepas tu saya ckp balik kat dia. Malu apanya. Ikut apanya. ayang cuma tgu tepi jln ni jaa. orang pon seorang pon takdak kat sini. nak malu apanya. bukan ada sapa2 tgk. dia letak telefon mcm tu ja..
Benda ni berterusan.. gaduh memang taklaqat nak gaduh dh. sampai 1 ketika saya hamil anak pertama. Tapi tak lama…ya la. Dlm keadaan saya pregnant peringkat awal dan suami pulak takpenah peduli keadaan saya dan hari2 pulang lewat. Stress saya dibuatnya. dan saya mengalami keguguran pada ketika kandungan berusia 13 weeks. Masa tu. Saya takdak duit langsung. Jadi kakak saya yang sanggup carikan duit dan bwk saya ke specialist d Alor Setar. masa tu bukan taknak g hospital kerajaan tapi kakak saya taknak saya trauma sebab staff2 sini tak okay…
Suami ada p sekali. tapi yang sedihnya. bila smpai ja kat pusat specialist tu suami saya blh pulak mintak duit kat saya rm10 sebab katanya dia nak g cari air (air K).. saya sedih tapi saya pura2 okay. dan dengan nada yang perlahan saya ckp pada dia. teman lah ayang dulu masuk dlm sana. dia pulak.? Pkiq air dia tu dulu haa. selesai semua.. saya balik umh. dan dia..?? Still mcm dia.. Setiap kali saya ajak dia bincang. dia taknak bagi kerjasama. Terus terang ckp. Nama ja dh kawin tapi hidup takubah persis orang bujang. ya la. sebab hari2 sorang jaa. waktu nak tdor bru nampak batang hidung..
Selepas 2 tahun saya disahkan pregnant pulak.. seronok la rasa.. tapi benda yang sma berlaku lagi. saya gugur. Tapi kali ni saya diuji lagi. sehari sebelum gugur tu saya tny pada suami. Abang ada duit tak. jap lagi jom bwk ayang p check perut jap. dia jawab duit ada tapi dia bru ingat nak guna duit tu nak beli jam nanti2 ja lah p check perut tu.. saya yang dlm keadaan sakit pinggang taktaw nak kata. Terus jwb “okay”.. saya dah tak terdaya nak ckp lebih2. saya cuma mampu kata “japg kalo nak p beli jam. ayang nak ikut. Lepas tu saya mesej kakak saya trus… “kak ada duit tak sikit. satg jom bwk cek p klinik jap check perut..” Kakak terus kol saya dan tny knp dik awat dik. jd apa dik. saya pada ketika tu. hanya mampu bercakap dlm air mata. saya bgtaw pada kakak. Dan pada ketika tu kakak pesan pada saya.. takpayah la pkiq pasai laki adik tu. la ni yang penting satg kakak bwk dik p klinik…
Bila smpai umh.. saya ckp kat kakak.. TAKpayah la kak. kakak pon takdak duit. japg cmna. apa2 tgu esok ja lah kak. kakak pon iyakan ja sebab mmg takdpt nak tolong sebab takdak duit dan sebab saya keraskan jugak tuk tgu esok ja. Mlm tu. Dalam keadaan sakit pinggang. Saya ikut suami saya beli jam. dlm hati hanya mampu berdoa. baby sabar sat nahhh. Ibu taw baby nak keluar nihhh tapi jom kita temanakan abah beli jam jap yaa. apa2 pon esok ya baby. Dan yaaa esok pagi bangun ja dari katil trus darah turun mencurahhh dengan banyak. saya panggil suami saya yang sedang tdur untuk tolong ambilkan kain tuk lapkan darah. suami saya diam dan katanya “harini takp kja la pulak kot..” Saya pergi bilik air dan kantung keluar dengan sendirinya.. saya ajak suami saya bwkkan saya pergi klinik atau hospital. dia ckp ajak lah kakak p..apa2 japg bgtaw dia. sedih di hati ni bertambah2. luka di hati bertambah dlm…
Kakak pusing merata cari duit. Last2 bru p hospital. masa kat dlm bilik tu..kakak ckp pada saya. kakak balik dulu. Amik baju adik semua..suami adik ada tgu kat luar. saya pon okay ja la. tapi last2 suami saya takdak pon kat luar. Saya kena tahan wad sebab ketulan darah masih ada lagi kat dlm.. jadi esoknya tu mcm biasa kna puasa sebelum masuk dlm bilik tu haa. Saya gtaw suami kata ni japg misi nak tolak dh ni haaa. dia kata okay dia keluar hisap rokok jap. Japg apa2 bgtaw dia.. Bila dh nak kena tolak.. misi pon tny…ada sapa kat luar…saya jwb la suami ada..misi p nak panggil…dan setibanya misi kat saya..misi kata takdak sapa pon kat luar..saya pon mcm tak percaya sebab suami saya kata nak keluar hisap rokok sekejap ja..saya kol byk kali takangkat..saya wasap takbalas…last2 saya just hantar mesej…kata abg p mna…kata nak keluar hisap rokok sat ja…misi dh nak tolak ayang masuk ni haa..japg abg smpai abg tny kat misi.
Selesai cuci. Pintu dibuka. dan bru lah nmpk suami saya di situ. saya tny dia p mana td. jawabnya dia p umh kawan dia.. lelahnya hati tak terungkap. hati berbicara dlm keadaan aku mcm ni pon hang masih p kat kawan2 hang lagi. tinggalkan aku sorang2. Smpai ja kat katil. Dia ckp dia nak balik..Ya Allahhh. aya kata pada dia..teman lah ayang jap. katanya duk tang ni buat apa..ma p kja pon dpt jugak duit. dan dia balik camtu jaa. taklama kemudian mak dan kak2 saya smpai.. mak terkejut sebab saya sorang2. Mak tny saya “mana C” dengan nada perlahan saya jwb. balik dh. Sementara ubat bius epidural nak hilang..l mak temanakan saya. esoknya saya discharged…
Suami saya ni mmg jenis pentingkan kawan2 lagi. dan jenis takblh kalo kawan2 perli dia.. kawan2 pulak jenis kaki perli kuat. katanya amboih dh kawin trus takblh lepak dh. takut bini lah apa la..mcm2 lagi. apa kawan ada dia nak ada. apa kawan buat dia nak buat. Saya pernah ckp pada kak yang sulung tuk nasihat kan dia tuk kurangkan lepak dan balik awal. tapi kak saya pulak membelahi dia. katanya okay la tu dia lepak sini. dari p merata buat benda2 yang takelok. sakit lagi hati ni bila dgr kak sendiri ckp mcm tu.. Mcm2 saya buat..saya pernah diam dekat seminggu…tapi bila saya diam..suami saya lagi buat deqqq ja…balik lewat mcm tu jugak.. saya ketepikan rasa sakit hati ni dan saya tegur dia..blh pulak dia perli saya “ohhhhh ada mulut upanya..ingat takdak mulut dh nak ckp..”
Saya mmg betol2 tertekan. sebab saya ingat bila dh kawin. Suami lah tempat sandar bahu. suami lah tempat meluah kan perasaan. tapi tidak. suami saya selalu hilang dengan kawan2 dia…
Bila saya ajak berbincang takpenah nak tadah telinga dan mulut tuk mendengar masalah…asyik hilang jaa. diteruskan lagi. Lepas 1 tempoh tu. dia berhenti kja dan kja dengan owner lain pulak but still sebagai kolek lori. Sesekali kena keluar jugak amik barang belah luar. Bila dia kena keluar kja belah luar. senyap sunyi ja dia. takkol takmesej takxwasap saya pon. tny khabar apa pon tak. Tapi tang kawan. dia blh kol wasap vc semua. bila saya kol nak ckp dengan dia..dia marah katanya kacau dia nak buat kja lah penat lah nak mandi lah nak tdur lah. mcm2 alasan dia ada..
saya bukan nak membenci kawan2 dia. Tapi cara dia layan kawan2 dia membuatkan saya takblh tgk muka kawan2 dia. Dulu saya ada tny dia…knp setiap kali nak buat apa2 perlu ada kawan tu.. Suami saya ckp… “haahhh…kawan tu nak jugak jln2…beli baju seluar..mkn2..”
Habis saya ni isteri dia.? Bab kawan dia taw pkiq tu semua…tapi bab saya isteri dia…dia takfikir semua tu. Bila susah sapa yang tolong bila sakit sapa yang jaga kan… Saya takminta dia belikan harta. Saya cuma nak rasa dihargai dan dilayan dengan baik. Ni takkira lagi bab solat bab puasa bab nafkah dan lain2 lagi..
Mana dengan mulut2 orang lagi yang kononnya berlagak tuhan dan ketua bawang lagi bila bercakap sebab saya dan suami belum ada anak.. 2 kali keguguran pulak tu.. Panjang kisahnya tapi saya pendekkan yang ni saja. Orang takduduk kat tempat saya jd orang takrasa apa yang saya rasa…bg mereka alahh lepak dengan kawan2 ja pon…bukannya buat apa2. Saya pernah rasa nak bun*h diri. tapi saya masih blh fikir lagi. kawan2 saya selalu bg kata2 semangat pada saya dan suruh saya sabar. entah smpai bila blh sabar entah la…




