Assalam aku harap sangat suami faham isi hati aku . Aku nak tinggal rumah sendiri dengan suami . Makan apa yang ada . Walaupun lauk telur goreng dan kicap sahaja . Tahan lapar tika hujung bulan . Ni bila aku masak lauk telur ikut kemampuan dan sesama yang kami ada mertua cakap sindir2 , dah aku ada gatal2 kena lak makan telur lagilah gatal . Nak guna peralatan dapur pun serba serbi bila silap sikit kena sindir2 , bila kluar dengan suami ada yang iri hati . Bila ajak sekali menolak .
Bila cuti aku bangun awal siapkan keja rumah masak siap bila aku duduk dalam bilik pun salah tegok tv di ruang tamu pun salah katanya membazir eletrik . Aku duduk luar rumah dia akan tanya borak ngn siapa cerita apa . Nak balik rumah orang tua . Orang tua lak tak dapat terima apa yang dah terjadi . Aku ditolak ketepi aku dibenci . Sedangkan semua apa yang jadi aku ikut apa yang mereka sendiri ingini . Aku tersepit antara dua . Aku tertekan . Semua apa yang aku nak buat aku was was . Mil depan suami ok . Belakang suami banyak yang dia kata .
Aku sanggup kongsi apa aku ada dengan suami . Mana tak cukup aku bantu . Apa ada aku gadai . Namun tetap ada tak kena nya . Sayang buta kerana sayang . Aku rasa macam diperb0d0hkan aku di pergunakan . Mil selalu sindir peralatan dapur tu kotor la tak bersih la rosak la nanti . Semua salah . Aku dah buat cuci sebaik dan sebersihnya . Basuh beras 6 kali . Kuali tiap biji lain guna . Banyak lagi . Namun tetap ada yang tak kena . Tiap malam aku dengar rungutan dapur itu la ini la. Aku cuba sebaiknya aku letih .
Balik keja aku terus ke dapur . Aku bersihkan kemas tiap apa yang ada . Menantu tak sempurnakah aku? Bila mil bersuara nak makan teringin itu aku cuba penuhi namun tetap ada yang tak kena lagi . Tolonglah suamiku saya perlukan ruang saya sendiri dan kita bersama . Susah payah kita bersama berdua bukan niat saya jauhkan awak dari mak awak . Saya tersiksaa di sana . Hati saya menderita . Tolonglah suamiku fahami isi hati isterimu.




