setiap orang ada kisah silam masing-masing. macam tu juga aku dan suami. kadang-kadang mulut kata redha dan boleh terima tapi kadang-kadang ada syaitan yang berbisik. aku nak cerita berkenaan dengan kisah silam suami aku. suami aku dulu ada seorang kekasih. aku pernah cemburu melihat kekasih dia dulu cantik weh.. selidik punya selidik rupa rupanya berimejkan perempuan tapi jantinanya adalah sebaliknya. pendek kata exgf suami aku p0ndan!!! aku nama kan dia L je la yea..
sampai sekarang aku tak pernah tanya pasal kisah dia dan L walau aku ni nak sangat tahu. ada masa tu aku rasa aku yang mental sensorang. aku suka stalk ig si L ni… aku kenal suami aku stelah dua tahun kononya L dan suami aku dah clash… dan si L ni pun dah ada BF lain. nak tahu? suami aku ni dah jadi anak dalam keluarga family si L. jadinya sampai sekarang aku akan berhadap dengan si L walaupun L dah ada BF baru sebab bf dia yang selepas suami aku tu pun dah kawin juga…. hurm. Ada masa tu aku terfikir hubungan suami aku dengan L waktu dulu tu atas rasa cinta betul atau sekadar desakan seorang anak kampung yang nak hidup di kuala lumpur ni. apapun kisah silam suami aku, aku tahu aku kena pejam mata sebab dia terima aku.. kutip aku sewaktu aku dibelenggu masalah hutang dengan bf aku dulu.. dan dia terima aku walau aku bukanlah anak dara lagi masatu.
doakan aku.. supaya aku tak fikir bukan-bukan.. atau rasa cemburu dan marah bila masa bersua berziarah mereka bertegur sapa. aku tahu dia cuba jga hati aku.. dan sepanjang dua tahun perkahwinan ini dia jaga aku dengan baik.. dia seorang bapa yang rajin .. penyayngang dan bertanggunjawab. nafkah zahir dan batin aku ckup. walau kadang tu aku terfikir hubungan songsang lamanya dulu dapatkan aku puaskan tuntutan nfsunya… sebab aku terbayang lelaki dengan lelaki dia tahu apa yang lelaki nak.. allahhuakbar.. berdosanya aku fikir sejauh tu…
Dan mohon juga kepada semua doakan L.. aku juga kesian sampai bila dia memilih nak hidup macamtu.. kutip seorang BF (lelaki) beri nyawa kehidupan dan akhirnya ditingglkan.. percayalah fitrah kehidupan lelaki untuk perempuan. Pada aku supaya aku tak kejar lagi bayang-bayang sendiri.. itu cuma kisah silam… dan benarlah lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik. semoga anak aku juga membesar dengan baik dan hidup bukanlah seperti kehidupan yang pernah dijalani oleh ibu dan bapanya.




