assalamualaikum warga KRT. harap dapat hide profile saya ni. Sekarang saya suri rumah sepenuh masa kerana saya akur permintaan suami yang dia minta saya berhenti. Suami saya bekerja, tapi duit makan minum saya tanggung sendiri dengan simpanan yang ada. Alasan nya kalau saya sibuk mencampuri hal peribadi nya saya tidak akan dapat 1sen pun duit makan minum. Kata nya, kalau saya nak duit dia minta saya kembali bekerja kerana perlu bantu nya membayar rumah, kereta dan sebagai nya dan selama kahwin 7 tahun suami saya tak pernah2 henti kecurangan nya dan berkali2 juga lah kantoi dengan saya.
Berkali juga saya beri peluang.Kerana saya fikir dia akan berubah.Tapi tidak. Bila saya tanya kenapa dia curang dia cakap saya terlalu kontrol untuk dia keluar dengan sesiapa pun. Beberapa hari lepas kantoi dengan saya dia berhubungan dengan kawan saya sendiri dan kawan saya sendiri pun dah buat pengakuan kepada saya. Cuma sekarang saya rasa hati saya kosong. Saya mohon pada allah tunjukkan jalan, tapi saya rasa seakan diri saya dah tak tenang di rumah ni lagi. Sebelum ni masa kantoii, saya akan menangis semahu nya tapi sekarang saya sedihh, kecewa tanpa airmata. Saya nak minta pandangan, apa yg harus saya buat? Saya tak tahu di mana saya harus meminta pendapat.



