salam admin. mintak admin dapat postkan meseg saya ni. saya seorang isteri, bekerjaya, lewat 20an dan masih belom ade anak. kisahnya sebelum berkahwin, saya ni pernah jalinkan hubungan dengan perempuan. I mean lesbi*n.. dan sejak dr kecil dah minat perempuan yang cantik2 dan manja. Dari zaman belajar, baru saya tahu saya ni sukakan perempuan (lesbi*n). Even dr sekolah rendah saya sukakan perempuan, saya takdelah ketara sampai nak couple or ape2 jela.
Semasa sekolah menengah, pernah saya crush sama cikgu dan batchmate saya tp setakat simpan dalam hati. Sehinggalah saya masuk U, dr situ macam2 dugaan ade. Saya couple dengan sorang perempuan ni hingga kami terlanjur banyak kali disebabkan fikirkan saya taknak jadi andartu and saya dah fikirkan ttg rumahtangga, so slow2 saya open hati utk mula kenal2 lelaki, clash dengan ex, dan mula terima lamaran lelaki. saya kahwin ni pon disebabkan kesungguhan suami nak jdkan saya isteri. Saya fikir saya kahwin mungkin boleh lupakan semua tu.
Dah hampir 3 tahun saya tahan jugak dr berhubungan serius dengan perempuan ..tp selama tu jugak hati saya memberontak sebab saya masih tak boleh move on dengan kecelaruan sek* saya. Saya cuba lawan. Saya cuba ikutkan kata suami, dan layan die seperti biasa. Suami pulak sangat baik, bertolak ansur, handsome, selalu mengalah semua perfect. Bab nafkah batin suami, selalu saya tak boleh nak penuhi. Kadang rasa seperti merelakan tanpa saya mahu. Saya jd tak seronok nak berhubungan sek* dengan lelaki. Ada juga saya rasa bersalah.. tp keinginan tu sangat2 kurang. Adakalanya saya fikir saya berkahwin secara melulu.
Sekarang saya Pjj dengan suami. Suami kerja jauh dr saya..jdnya makin hari saya rasa bebas sangat. Dah makin jarang saya nak contact suami.. masing2 sibuk dengan kerja. Dari situlah, saya sekarang makin rapat dengan officemate (perempuan) baru di ofis. Dia dah berkahwin. Tp saya pon rasa dia ade perasaan duka pd saya.. (fyi, saya ni antara yang ade rupa paras cantik jugak dan ramai lelaki di ofis minat saya). Saya perasan officemate ni selalu curi2 pandang saya. Cara layanan die pd saya tak sama die treat yang lain. Die pulak selalu cuit2 part2 *ody saya sambil2 lalu atau berborak etc..
Dugaan kan? Ya, yang bekas lesbi*n tahu jawapannye. Dan kita tahu macam mane cara treat seseorang sukakan kita.
Nak tukar kerja, sayang pula. Cuma kerjaya ni lah yang saya happy dan suasana di tempat kerja sangat happening. Sekarang, saya dah macam angau tiap2 hari tak sabar nak p keje disebabkan die.. kat sini, saya jd 50% : 50%. Setiap kali saya ade dengan dia, perasaan tu sama macam mana saya ade relay die teman lesbi*n dulu..