Assalammualaikum Admin. Harap dapat hide profile saya. Saya sebenarnya nak minta pendapat orang luar. Kadang lebih baik untuk buka minda terima pendapat orang lain dari diri sendiri. Saya sebenarnya dah pun diceraikan suami Tapi sewaktu itu kami tahu saya sedang mengandung hanya perceraian kami dah lama ditangguhkan. Byk sebab atas Perceraian ini. Saya pernah seketika itu tulis di KRT. Takde manusia yang sempurna.
2 tahun bersama belum di izinkan untuk mendapat cahaya mata semasa tu. Lepas kita mahu berpisah demi kebaikkan. Dgn dia yang pergi tinggalkan saya. Terbabit Keluarga sekali. Makin rumit untuk kami cari penyelesaian. Dan saya ada sebab juga kenapa saya tak mahu pertahankan lagi setelah tahu berapa perkara dia buat diluar sana semasa dia tinggalkan saya.
Dulu ye saya masih menanti kan. Walaupun disakiti semua. Sebelum tarikh lafaz talaq saya juga ingin pertahankan rumah tangga ni. Dgn zuriat yang dikurniakan Allah. Saya tknk anak jadi mangsa. Namun talaq dah di lafazkan. Lepas balik dari mahkamah. Dia kata dia ingin rujuk sebab dia ingin bersama anak dia. Tapi saya risau. Kalau satu hari Allah tarik balik nikmat ini.. Dia akan buang saya seperti sampah lagi. Patut ke saya cuba perbaiki rumah tangga ini.
Saya tak nak ego menguasi diri. Tapi saya takut. Kerana dia hanya sayang kan anak dlm kandung ini. Andai saya keguguran sebab saya pernah alami nya. Takde rasa cinta diantara kita. Dia akan pergi lagi tinggalkan saya lagi sendiri. Emosi saya amat terganggu. Semasa kami dlm process dia balik kdg2 beri saya harapan tapi tinggal kan saya semula.
Saya sebenarnya tak tahan dipergunakan. Di cari bila perlu. Di buang bila tak mahu. Sakit. Dgn saat emosi macam gini saya takut saya akan alami perkara yang sama lagi. Keguguran dan saya disakiti lagi. Ditinggal lagi. Terima kasih admin. Dan terima kasih kerana terlebih dahulu untuk semua yang sudi membaca. Maaf pada sesiapa yang tidak senang dgn luahan hati ini.




